Friday, June 18, 2010

SAYA CABAR ANWAR BERSUMPAH, ZAHRIN

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan oleh Konsensus Bebas sebagai seorang ‘kaki penipu’ kerana mengatakan tidak pernah melihat video seks Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pada sesi taklimat di Pejabat Ketua Pembangkang itu, beliau melihat dan mendengar Anwar bercakap mengenainya dan akan mengambil tindakan terhadap Elizabeth. Menurutnya, beliau sanggup bersumpah dan mencabar Anwar bersamanya membuat sumpah di masjid untuk membuktikan siapa bercakap benar.

“Saya tinggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana keraguan mengatasi keyakinan, kami bertindak kerana kami tidak mahu beliau (Anwar) bercakap sesuka hati beliau. “Dalam kes Eli (Elizabeth), saya hanya memberikan satu contoh pembohongan Anwar, sama juga seperti isu 16 September dahulu dengan menipu wakil-wakil rakyatnya, jadi jika beliau menipu saya tidak terkejut kerana itulah kemahirannya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Itulah cara Anwar bagi mengabuli mata rakyat dengan telatah pembohongan. Ini akan menyebabkan rakyat akan keliru. Sebab itu kalangan penyokong PKR telah hilang kepercayaan kepada beliau sebab pembohongan beliau contoh Datuk Seri Zahrin.

No comments:

Post a Comment