Monday, June 14, 2010

KEROSAKAN JAMBATAN GANTUNG SG TANUM

KUALA LIPIS: Lebih 450 penduduk Kampung Beriang dan Kampung Pamah Aur dekat sini menggadai nyawa setiap hari meniti jambatan gantung usang yang menghubungkan kedua-dua kampung itu sejak lima bulan lalu.
Jambatan gantung yang berusia lebih 30 tahun itu menjadi laluan utama penduduk berulang alik sama ada untuk mencari rezeki, menghantar anak ke sekolah dan aktiviti harian, termasuk ke surau.
Penduduk, Wan Mohd Arif Wan Ahmad, 73, berkata mereka tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menyeberangi Sungai Tanum yang menghubungi kedua-dua kampung kerana jambatan gantung itu adalah jalan pintas dan menjimatkan masa."Paling membimbangkan penduduk kampung ialah keselamatan dan nyawa anak-anak kecil dan pelajar yang menyeberangi sungai setiap pagi untuk ke sekolah.“Pelajar sekolah terdedah kepada bahaya kerana tempat pemijak licin dibasahi embun pagi dan mereka boleh tergelincir ke dalam sungai jika tidak berhati-hati,” katanya.

Beliau berkata, jambatan itu mengalami kerosakan kesan daripada banjir yang berlaku awal tahun lalu menyebabkan tempat pejalan kaki tidak dapat digunakan lagi kerana ia senget hampir 90 darjah. Saleh Mamat, 69, berkata, mereka terpaksa memijak jaring penghadang keselamatan yang diperbuat daripada dawai untuk menyeberang dan meniti dengan berhati-hati sambil tangan berpaut pada besi untuk mengelak dan menahan daripada tergelincir."Konkrit yang menjadi penghubung utama di kedua-dua jambatan sepanjang 200 meter dan lebar 1.5 meter itu turut tercabut. "Kami juga bimbang keselamatan nyawa warga emas yang mengadu sakit atau pening kepala ketika menyeberangi jambatan itu yang berayun dan beralun menyebabkan warga emas boleh terjatuh ke dalam sungai," katanya.

Beliau berkata, penduduk kampung dimaklumkan kerajaan akan membina jambatan baru yang dibiayai oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui agensi kementerian itu iaitu Risda dengan perbelanjaan RM250,000."Kami difahamkan urusan tender dan kerja teknikal akan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Lipis.

Penduduk perlu bersabar dan mengunakan wang kerajaan mesti mengikut peraturan. Dengan krisis yang melanda negara dan peruntukan yang besar diperlukan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Kerja telah ditender dan akan dilakukan kerja-kerja membaiki semula jambatan tersebut mengikut syarat yang ditetapkan.

1 comment:

  1. Orang dalam kawan Dong perlu banyak bersabar weh....... mana perginya pegawai Dong yang bijaksana.... patut dia mendahului berita ...

    ReplyDelete