Wednesday, April 14, 2010

HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT DAN MALAYSIA DAPAT DIRAPATKAN

WASHINGTON - Malaysia melihat hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat (AS) akan menjadi lebih positif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran pertemuan sulung beliau dengan Presiden Barack Obama di sini, kelmarin.

Katanya, kedua-dua negara berada pada permulaan baru yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan dan keamanan serantau. Bercakap kepada wartawan Malaysia, Najib berkata Obama menyatakan beliau puas hati dengan hubungan dua hala itu dan beliau juga melihat perkembangan yang sangat positif di Malaysia. Beliau berkata kesediaan Obama untuk mendengar dan melibatkan negara Islam serta tidak mengambil pendekatan bermusuhan dengan dunia Islam berbeza dengan rejim Bush sebelumnya. “Saya rasa perubahan oleh pentadbiran baru ini amat memberangsangkan dan saya harap ia bukan sekadar pada corak dan pendekatan tetapi juga pada isinya,” kata Perdana Menteri yang mengadakan perbincangan dengan Obama sebelum bermulanya Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang bermula di sini kelmarin.

Najib adalah antara 46 pemimpin dunia termasuk kuasa-kuasa nuklear dan negara-negara maju selain yang sedang membangun, yang dijemput oleh Obama ke sidang kemuncak itu untuk mencari jalan bagi menghalang bahan nuklear jatuh ke tangan kumpulan pengganas. - Bernama

Semoga hubuingan dua hala diantara Datuk Seri Najib dan Obama telah bersahabat dan membentuk hubungan dua hala dalam perniagaan di antara Washington dan Kuala Lipis.

No comments:

Post a Comment