Thursday, March 4, 2010

GURU BERKHIDMAT DI LUAR BANDAR DIBERI KEISTIMEWAAN


KUALA LUMPUR: Pengalaman berkhidmat di sekolah luar bandar dan pedalaman akan diambil kira dalam pertimbangan untuk kenaikan pangkat dan pemberian insentif lain, termasuk tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi.


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata ganjaran itu antara bentuk dorongan baru yang sedang dikaji untuk menggalakkan guru berkhidmat di kawasan berkenaan, selain sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap pengorbanan mereka. Mereka yang terbabit akan mendapat kenaikan pangkat dan ganjaran lain secara automatik, sebaliknya ia memberi mereka kelebihan dalam pertimbangan yang turut bergantung kepada faktor penting lain, seperti kekosongan jawatan, kekananan dan prestasi perkhidmatan.

"Satu kertas kerja yang mencakupi segala aspek menyeluruh mengenai perkhidmatan guru di luar bandar dan pedalaman, termasuk dari segi pemilihan, penempatan, bentuk galakan serta ganjaran sedang pada peringkat akhir penyediaan oleh jawatankuasa yang saya pengerusikan, katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.


Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, berhubung cadangan mewajibkan guru bertugas di pedalaman serta luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar.


Ia satu langkah yang baik bagi mengalakkan guru-guru diberikan peluang kenaikan pengkat kerana sumbangannya mengajar di kawasan pendalaman. Jika sebelum ini tidak diberikan apa-apa peluang tetapi kerajaan amat perihatin memberikan keistemewaan kepada jasa dan sumbangan guru yang mendidik murid-murid sehingga ke menara gading. Curahkan bakti dan khidmat guru demi mendidik anak bangsa.

1 comment:

  1. Salam bro, setuju sangat dengan cadangan kerajaan itu.... daan patut sangat juga kalangan guru-guru tidak menjadi barua pembangkang......

    ReplyDelete