Wednesday, March 10, 2010

PILIHANRAYA PBT TIDAK PERLU DIADAKAN



PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya kerajaan tempatan tidak perlu diadakan semula kerana ia tidak semestinya menjadikan perkhidmatan kepada rakyat bertambah baik. Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, proses pilihan raya berkenaan akan menyebabkan politiking, walhal pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya menumpukan kepada kaedah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyaT.


Beliau berkata, pilihan raya kerajaan tempatan sudah lama dimansuhkan dan kerajaan hanya mahu menumpukan kepada memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat. "Yang kita hendak beri tumpuan ialah penambahbaikan khidmat kita kepada rakyat," katanya selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-11 (Mappa XI), di sini semalam. Cadangan mengadakan semula pilihan raya tempatan adalah antara janji pembangkang kepada rakyat ketika pilihan raya umum lalu.


Ia bagi mengalihkan isu-isu dalam Pakatan Rakyat. Mereka cuba mengalihkan isu yang timbul di kalangan ahli-ahli Pakatan rakyat, yang dibangkitkan oleh orangramai. Ini adalah cara parti pembangkang untuk menampakkan mereka membuat kerja, tetapi sebaliknya tidak mampu dan gagal menunaikan janji dalam pilihanraya.

No comments:

Post a Comment