Thursday, March 4, 2010

MCA PERLU KUKUHKAN SOKONGAN ORANG CINA KEPADA BN

KUALA LUMPUR- MCA beransur-ansur kembali mendapat sokongan bukan saja daripada kalangan kaum Cina tetapi semua rakyat di negara ini sejak parti itu mengalami pengalaman pahit pada pilihan raya umum dua tahun lepas, kata presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat."Tak betullah jika saya katakan bahawa pemulihan MCA sejak 8 Mac (2008) begitu menakjubkan tetapi saya yakin kita berada di landasan yang betul. Masih banyak perlu diusahakan," katanya kepada Bernama hari ini.

Ong berkata, MCA telah menggerakkan beberapa inisiatif bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada parti itu termasuk menubuhkan Yayasan Perikatan Masyarakat 1Malaysia (1MCA) serta memberi tumpuan ke arah meningkatkan taraf kehidupan dan menjaga kepentingan masyarakat kurang berada termasuk golongan miskin di bandar.

Katanya, yayasan itu akan memberi perhatian kepada bidang-bidang penting seperti pendidikan dan pembangunan kemahiran, perlindungan masyarakat, isu dan rintihan peniaga-peniaga kecil, kesihatan dan perumahan."Contohnya, Pusat Perkhidmatan Bergerak 1MCA yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan memastikan kita benar-benar mendekati rakyat yang memerlukan bantuan dan bukannya meminta mereka datang kepada kita," kata Ong.-Bernama

Ia satu langkah yang baik bagi mengembalikan sokongan orang Cina kepada BN. Keadaan negara yang setabil dan kukuh amat diperlukan bagi menjamin pengukuhan ekonomi negara pada masa hadapan. Jika negara tidak setabil negara akan lemah dan pemimpin akan gagal mentadbirkan negara dengan baik.

No comments:

Post a Comment