Tuesday, March 23, 2010

LAPAN AHLI PARLIMEN BN TETAP SETIA



KUALA LUMPUR 22 Mac - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memuji lapan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana kesetiaan mereka kepada parti walaupun dikaitkan dengan tindakan melompat parti bagi menubuhkan kerajaan 16 September.


Katanya, beliau sendiri telah bertemu dengan sebahagian daripada mereka dan dimaklumkan yang tawaran Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu ditolak secara bulat-bulat.


"Saya sungguh kagum dengan mereka ini kerana ia memberikan gambaran positif yang menunjukkan kesungguhan, keikhlasan dan kesetiaan mereka pada BN.
"Bagi saya kalau betul perkara ini akan berlaku, kenapa sampai sekarang tak ada seorang pun daripada mereka ini yang pergi ke seberang sana?" katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Beliau diminta mengulas pendedahan ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baru-baru ini tentang lapan nama ahli Parlimen BN yang dikatakan akan melompat parti bagi membolehkan Anwar menubuhkan kerajaan 16 September.
Hishammuddin berkata, nama-nama wakil rakyat BN itu mungkin digunakan bagi terus memperdayakan pihak pembangkang supaya terus menyokong pelan penubuhan kerajaan baru itu.


Ahli Parlimen BN tetap dipuji kerana tetap setia dengan BN walau berbagai cara yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim isu 16 september, 2008. Ia cuma menwar-warkan kepada pembangkang beliau akan mengambil alih Perdana Menteri sedangkan anggota BN masih setia dan kuat tanpa diganggu gugat. Ahli pembangkan dari PKR yang lari dan tidak setia kepada mereka.

No comments:

Post a Comment