Friday, March 12, 2010

KERAJAAN MANSUH BAYARAN BAYARAN WAD UNTUK PEGAWAI DAN PESARA



KUALA LUMPUR - Kerajaan memansuhkan bayaran wad terhadap pegawai dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berkuat kuasa 1 April ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pemansuhan itu turut terpakai untuk anggota keluarga dan ibu bapa mereka.


“Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam. Beliau berkata, kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45-54 adalah Kelas 1 bilik seorang, Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua), Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga) dan Gred 1-20 (Kelas 2). "Kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa sah adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan," katanya.


Ismail berkata, dengan berkuatkuasanya pekeliling perkhidmatan itu, perenggan C2 berkaitan kelayakan dan kadar bayaran wad di Lampiran C8 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, perenggan 11 berkaitan kadar bayaran wad sehari di Lampiran O Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1991, dan Bahagian J berkaitan permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri di Lampiran B Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 adalah dibatalkan. Peruntukan pekeliling perkhidmatan itu pada keseluruhannya turut dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. - Bernama


Itu adalah satu cadangan yang baik dari Kerajaan yang sentiasa peka dengan keadaan.

Kerajaan amat pentingkan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan pertengahan yang sentiasa terhimpit dengan kehidupan yang susah akibat kenaikan harga barangan pada masa ini. Itulah kepimpinan Datuk Seri Najib telah banyak melakukan perubahan dan rakyat telah mula menerima kepimpinan beliau Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment