Friday, March 5, 2010

SUBSIDI MINYAK PETROL TIDAK BERUBAH



PUTRAJAYA 4 Mac - Kerajaan hari ini membatalkan cadangan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi petroleum setelah menerima maklum balas negatif daripada rakyat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai jalan penyelesaiannya kerajaan mewujudkan Makmal Merasionalisasikan Subsidi bagi mengkaji mekanisme terbaik pelaksanaan penyaluran subsidi merangkumi bahan petroleum, makanan serta infrastruktur lain.


Dalam aspek ini, kata beliau, pihaknya akan segera mengemukakan kertas cadangan kepada Kabinet berhubung kaedah sesuai dalam mengekang pembelian petroleum bersubsidi negara yang turut dinikmati rakyat asing.
Ketika ini, larangan penjualan petrol dan diesel melebihi 20 liter dikuatkuasakan ke atas kenderaan asing dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan negara tetapi tidak di lain-lain tempat termasuk ibu negara.

"Ini menunjukkan kerajaan sentiasa terbuka dalam menerima pandangan rakyat seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan keputusan pembatalan itu di pejabatnya di sini.


Langkah yang diambil oleh kerajaan merupakan langkah yang baik. Rakyat terutama berpendapatan rendah tidak akan mampu sekirannya sabsidi minyak tidak ada atau akan dikaji balik. Golongan kaya dan berkemampuan akan mampu melakukan apa-apa keperluan tanpa batasan. Golongan berpendapatan rendah dan pertengahan akan mengalami keperitan hidup sekirannya sabsidi minyak akan di tarik. Oleh itu setiap rakyat Malaysia seharusnya bersyukur atas perihatin kerajaan BN membela nasib rakyat Malaysia perkara ini tidak semua negara mampu melaksanakannya.

No comments:

Post a Comment