Monday, March 8, 2010

PAKATAN TIDAK KESEPAKATAN

KUALA LUMPUR 7 Mac – Gabungan parti pembangkang di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dilihat tiada kesepakatan sehingga menyebabkan berlakunya kepincangan yang meruncing dalam pentadbiran di ketiga-tiga negeri.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid berkata, punca tiada kesepakatan di kalangan pakatan pembangkang di ketiga-tiga negeri itu terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang adalah disebabkan tiadanya pengalaman memerintah.
“Jika tidak, ia akan berlaku seperti apa yang terjadi di negeri-negeri yang kini diterajui pakatan pembangkang seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
“Mereka beranggapan apabila menang pilihan raya, ia merupakan kejayaan besar bagi mereka. Tapi ternyata mereka salah kerana gagal untuk mentadbir akibat ketiadaan pengalaman dan kesepakatan antara gabungan mereka,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr. Ahmad Faiz berkata, apa yang penting bagi mereka adalah ‘mendapatkan kuasa’ dan kedudukan sehingga mengabaikan pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat.


Pengerusi Program Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk pula berkata, di Pulau Pinang pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai oleh Lim Guan Eng nyata tidak matang dan berjuang hanya untuk mencapai kepentingan parti itu semata-mata.
Menurutnya, matlamat DAP hanyalah untuk merampas kuasa dan kedudukan daripada parti Gerakan dan BN.
“Kini, matlamat itu yang juga merupakan matlamat utama Penasihat DAP, Lim Kit Siang - ayah kepada Guan Eng tercapai. Soal pentadbiran, pembangunan dan kebajikan tidak akan diberi keutamaan kerana apa yang penting Pulau Pinang di bawah takluk mereka,” katanya.



Pihak pembangkang menganggap mentadbir sebuah kerajaan itu mudah tetapi sebaliknya sukar mahu dilaksanakan jika tidak ada pengalaman. Itulah apa yang berlaku di negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Rakyat seharus sedar tidak ada yang boleh dilakukan untuk membela rakyat dalam negara ini, mereka cuma pandai berceramah dan menyatakan itu, tidak betul, ini tidak betul itu sahaja yang mereka pandai.Mereka gagal membantu rakyat memerlukan bantuan dalam negara ini.

1 comment:

  1. 50 tahun mengamalkan ajaran sesat...tak percaya sila klik disini

    ReplyDelete