Thursday, January 6, 2011

' Balik India ' - Bukti DAP Parti Resis

KUALA LUMPUR 5 Jan. - UMNO Pulau Pinang menganggap tindakan mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik sebagai bukti DAP sebuah parti rasis tulen.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kejadian tersebut jelas menunjukkan apa yang tersirat di dalam perjuangan parti itu yang hanya memperjuangkan kaum Cina semata-mata.

''Perjuangan rasis itu juga terbukti dengan pemilihan DAP baru-baru ini dimonopoli oleh kaum Cina dan ramai pemimpin kaum India yang tewas.

''UMNO Pulau Pinang kesal dengan kebiadaban seorang wakil rakyat yang bertindak seperti samseng dan keadaan amat berbeza semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat sentiasa didahulukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ungkapan "Tutup kedai, balik India," yang diluahkan Ng Wei Aik kepada pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar, semasa operasi penyitaan di premisnya malam kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, Syed Kassali mendakwa, pada malam kejadian, Wei Aik bertindak kasar seperti samseng apabila tanpa memperkenalkan diri terus bertindak meluru masuk ke restorannya dan 'mengepak' tangan seorang pekerjanya.

Zainal Abidin berkata, semua rakyat Malaysia ada hak masing-masing mengikut perlembagaan dan hak tersebut tidak boleh dinafikan mana-mana pihak.

Catitan : Semua rakyat di dalam negara ini perlu menghormati kaum lain dan mengeluarkan kata-kata yang boleh melukakan hati, perasaan kaum lain dalam negara ini, perlembagaan negara mesti dipatuhi setiap warga negara di dalam negara ini.

No comments:

Post a Comment