Friday, February 12, 2010

ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH



KUALA LUMPUR 11 Feb. - Raja-Raja Melayu dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-220 yang berlangsung semalam dan hari ini, mengambil maklum pelbagai permintaan, surat dan memorandum pelbagai pertubuhan dan individu Islam di negara ini yang menzahirkan rasa dukacita mereka tentang penterjemahan perkataan 'God' kepada Allah.

"Isu ini jika tidak ditangani dengan segera akan menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan tersebut, Perkara Tiga Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini dan Perlembagaan Persekutuan juga memberikan kuasa kepada Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri di negara ini.
"Raja-Raja Melayu bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara tanpa mengetepikan hak dan kebebasan beragama kaum-kaum lain.


"Raja-Raja Melayu memberi jaminan untuk memenuhi tanggungjawab melindungi kesucian dan status agama Islam," kata kenyataan itu.
Raja-Raja Melayu juga mengambil maklum isu penggunaan istilah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly sedang di peringkat pertimbangan Mahkamah Rayuan, menurut kenyataan itu lagi.


Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini yang dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah turut membincangkan perkara-perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan serta pelantikan hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. - Bernama


Setiap orang islam perlu pertahankan kalimah Allah. Ia tidak boleh diganggu gugat oleh orang lain.Orang islam perlu bersatu dalam soal agama.

No comments:

Post a Comment