Monday, February 1, 2010

KLINIK 1 MALAYSIA JELI PERTAMA DI BUKA DI KELANTAN



JELI - Kewujudan klinik 1Malaysia di Batu Melintang, Jeli, adalah klinik pertama seumpama itu yang dibina di kawasan pedalaman sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Pusat terhadap keperluan rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Menurutnya, meskipun konsep mewujudkan klinik 1Malaysia bertujuan mengatasi masalah kesesakan pesakit di bandar namun kerajaan tetap memberi pengecualian dengan membina sebuah klinik 1Malaysia di pedalaman daerah itu dengan mengambil kira kesusahan penduduk di kawasan terbabit.


Kerajaan Pusat prihatin terhadap keperluan rakyat di pedalaman khususnya pedalaman Jeli di Batu Melintang ini kerana menghadapi kesuka:ran ekoran ketiadaan klinik terdekat kecuali klinik swasta dan hospital Jeli. “Justeru, kita meminta ke:rajaan memberi pengecualian dengan mewujudkan sebuah klinik 1Malaysia daripada 50 buah klinik yang diwujudkan seluruh negara untuk keperluan rakyat di kawasan ini,” katanya kepada p:emberita selepas merasmikan Klinik 1Malaysia di Batu Melintang, di sini, semalam.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, kewujudan klinik terbabit di kawasan itu menjadikannya sebagai klinik 1Malaysia pertama di kawasan luar bandar berbanding 49 buah klinik lain di seluruh negara termasuk tiga buah klinik di Kelantan yang kesemuanya terletak di kawasan pekan dan bandar. Mustapa berkata, dengan: adanya klinik berkenaan, ia memberi kemudahan kepada hampir 10,000 isi rumah di kampung terbabit dan sekitarnya yang kebanyakannya adalah :golongan berpendapatan rendah. Menurutnya, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM10 juta untuk menubuhkan klinik 1Malaysia di seluruh negara dan Kelantan memperoleh empat buah klinik 1Malaysia iaitu di pekan Jelawat, Bachok, Pengkalan Batu, Pasir Mas, Sri Cemerlang, Kota Baharu dan di Batu Melintang, Jeli. - Bernama:


Kelantan tidak dipinggirkan dan mendapat Klinik 1 Malaysia. Sepatut rakyat Kelantan seharusnya menyokong kerajaan Pusat. Seharus rakyat seharus bersyukur apa yang ada dan dapat dinakmati oleh mereka.

2 comments:

  1. Tapi klinik 1Malaysia di Jelawat hanya di penuhi orang PAS, macam tak malu jer ... Lepas ambil ubat dengan harga seringgit, keluar ke pasar Jelawat dan mula la mencaci konon kerajaan zalim...

    You orang2 PAS tak rasa malu ker ?

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Terima kasih melayari blog metyen, puak-puak ini masih belum nampak dibutakan hati,sepatutnya orang islam perlu bersyukur apa pertolongan yang diberikan oleh pemerintah BN Pusat.
    Nik Ajis tak nampak dan tak mampu nak buatkan klinik seperti Kerjaan Pusat buat, yang ia tahu cuma menyalahkan orang lain, ia semua betul, orang sudah celik dah tahu menilai apa yang dibuat.

    ReplyDelete