Friday, October 2, 2009

LARANGAN MEMASANG BAHAN KEMPEN KERANA GABUNGAN PKR TIDAK BERDAFTAR DENGAN SPR



SEREMBAN – Larangan memasang bahan kempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mendapat reaksi berbeza pemimpin pakatan pembangkang di negeri ini. Ketua Pembangkang, Loke Siew Fook berkata,tetapi hanya membabitkan bilik gerakan pilihan raya yang terletak di Batu 9, Port Dickson saja. “Kalau tidak boleh pasang di jalan, kita akan pasang di bilik gerakan pilihan raya sahaja,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam. Sementara Ahli Jawatankuasa PKR negeri, Rashid Latiff pula berpendapat, tindakan SPR itu adalah untuk menghalang parti komponen pakatan pembangkang menjalankan kempen pada pilihan raya kecil itu. “Mengapa SPR melarang kita untuk mengibarkan bendera? Adakah mereka mahu jatuhkan Pakatan Rakyat (PR)? Saya berpendapat hal ini mesti ada campur tangan dengan pihak lain,” katanya. Menurut Rashid, berikutan arahan SPR itu, pihaknya terpaksa menanggung kerugian besar kerana selain bahan kempen Pas, mereka juga telah mengeluarkan belanja besar untuk menyediakan bahan kempen membabitkan PKR dan DAP. “Kita tidak tahu yang arahan sebegini akan dikeluarkan SPR dalam masa terdekat. Pelbagai rancangan kempen telah diatur, dan ini pasti akan membantutkan perancangan kita,” katanya. Kelmarin, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hanya parti bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober dibenarkan memasang bahan kempen. Katanya, SPR hanya mengiktiraf Pas dan Barisan Nasional (BN) serta bebas sekiranya ada, dan bukannya gabungan Pakatan Rakyat kerana ia tidak didaftarkan.
komen : Larangan kempen itu adalah satu peraturan kerana parti-parti gabungan tidak berdaftar. Semua yang bertanding perlu mengikut peraturan pilihanraya yang ditetapkan oleh SPR. Mengapa parti gabungan dalam PKR tidak berdaftar cuma pandai mencari kesalahan kepada SPR sahaja, itu sahaja yang mereka tahu. Bila tidak boleh pasang poster kata kerajaan BN yang di tuduhnya> Itu semua dah perkara lapuk dan panggun telah faham permainan pembangkang di negara ini.

BAPA SAIFUL TERKEKAN AKIBAT KELEWATAN KES DI MAHKAMAH



KUALA LUMPUR 1 Okt. – Datuk S. Nallakarupan tidak hairan atau terkejut dengan tekanan hebat yang terus dialami oleh bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim kerana beliau juga pernah mengalami situasi yang sama.
Menurut beliau, ini memandangkan Saiful sebagai mangsa dalam kes itu berhadapan dengan seorang tertuduh yang diketahui mempunyai pelbagai sumber termasuk kewangan yang besar.
Beliau berkata, sehubungan itu selagi kes ini tidak dibicarakan dan diselesaikan selagi itu tekanan yang dialami oleh Azlan dan Saiful sekeluarga akan berlarutan.
‘‘Anwar mempunyai pelbagai sumber, saya tidak reka cerita, ini seperti mana yang pernah didedahkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid dalam akuan berkanunnya pada tahun 1999.
‘‘Jadi ini saya tidak hairan mengapa bapa Saiful terus tertekan. Saya sendiri turut mengalaminya apabila saya membuat pendedahan tentang Anwar termasuk ketika Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh tahun lalu. Banyak tekanan saya terima,’’ dakwanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini menyiarkan permintaan Azlan supaya tarikh perbicaraan dapat ditetapkan segera berikutan tekanan hebat yang dialami mereka sekeluarga selagi perbicaraan tidak berlangsung.
Sehubungan itu, Azlan meminta supaya Anwar tidak lagi mengemukakan permohonan yang akan melengahkan tarikh perbicaraan kes liwatnya dengan Saiful.
Sementara itu, Nallakarupan turut berharap semua pihak memahami rintihan hati tentang apa yang dialami oleh Saiful dan bapanya.
‘‘Azlan sebagai bapa sudah tentu mahu pastikan keselamatan anaknya. Kalau berterusan lengah susahlah, pihak berkuasa kena faham ini bukan boleh ambil mudah.
‘‘Mereka berdepan seorang tertuduh yang bukan orang biasa. Saya harap yang berkenaan dapat lakukan sesuatu untuk percepatkan kes ini dan pastikan keselamatan Saiful,’’ tegasnya.
Tambah Nallakarupan, beliau sendiri secara berterusan menerima ancaman pihak tertentu setiap kali membuat kenyataan mengenai Anwar.
Bekas rakan karib Anwar itu mendakwa, yang terbaru kira-kira dua minggu lalu apabila dirinya sekali lagi didatangi oleh sekumpulan lelaki yang mengugut untuk mencederakannya.

komen : Kalau tidak bersalah apa nak takut Sdr Anuar Ibrahim, mahkamah akan menuntukan keputusannya nanti. Sudah sekian lama kes ini tertangguh dan sengaja dilewatkan oleh Sdr Anuar Ibrahim, apa nak ditakutkan jika tak bersalah atau beliau takut sebab perkara ini benar-benar berlaku di luar kawalan nafsu.

INDONESIA MINTA BANTUAN NEGARA ASEAN



JAKARTA: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam memberi kebenaran negara sahabat dan pertubuhan asing untuk memberikan bantuan kepada mangsa gempa di Sumatra Barat. "Dalam keadaan ini apa yang diperlukan adalah kepantasan dan kalau ada yang boleh lebih dulu ke sana (ke Padang) serta ada negara sahabat Asean yang menawarkan bantuan, maka silakan saja.
"Bagaimanapun, pengendalian bantuan tetap di tangan kita. Apa sekali pun soal itu adalah nombor dua dan yang utama ialah kerahkan tenaga kita," kata Presiden selepas diberi taklimat mengenai gempa bumi di Sumatera Barat itu semalam. sendiri, lapor Kompas.com semalam
.


komen : Walau sesama bangsa, sikap rakyat Indonesia yang ingin merusuh dan mahu membunuh rakyat Malaysia pada masa isu tarian pendit, telah menguris hati dan melukakan hati rakyat Malaysia satu ketika dahulu. Peringkat awal pemimpin Indonesia cuma berdiam diri semasa isu tarian pandit yang menuduh Malaysia cuba meniru budaya mereka. Negara Malaysia telah banyak bermurah hati membantu apa-apa bantuan contohnya gempa bumi yang sebelumnya, sunami di Acheh dan barmacam lagi bantuan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia, sedangkan di negara ini juga ramai lagi rakyat yang susah perlukan bantuan dan pertolongan.

JUALAN KERETA PROTON DI UNITED KINGDOM LEPASI SASARAN



JUALAN kereta Proton di United Kingdom (UK) sudah melepasi sasaran bagi seluruh tahun ini sebanyak 10 peratus di sebalik penurunan permintaan kenderaan di negara itu susulan kegawatan ekonomi global dan persaingan sengit industri automotifnya. Pengarah Urusan Proton Cars (UK) Ltd, Brian Collier, berkata jualan yang memberangsangkan itu berikutan peningkatan minat pengguna di UK terhadap kenderaan kapasiti enjin kecil, insentif skim pelupusan kenderaan yang diperkenalkan kerajaan negara itu serta pengembangan pasaran kereta yang menggunakan gas petroleum cecair (LPG). “Krisis kewangan global dijangka menyebabkan jualan kenderaan di UK tahun ini dianggarkan susut 29 peratus kepada 1.7 juta unit berbanding 2.4 juta unit pada 2007.
“Susulan itu kami merendahkan sasaran jualan bagi tahun ini kepada 1,000 unit. Bagaimanapun, ketika ini kami sudah mengatasi sasaran itu sebanyak 10 peratus,” katanya kepada wartawan Malaysia di Norwich, UK semalam. Proton UK kini memasarkan empat model Proton di negara itu iaitu Gen.2, Pesona, Satria dan Savvy menerusi 80 pengedarnya. Collier berkata, model Proton paling laris di UK ketika ini adalah Savvy yang menyumbang kira-kira 40 peratus daripada jualan keseluruhan.
Sejak mula meneroka pasaran negara berkenaan pada 1989, Proton sudah menjual sejumlah 150,000 keretanya di negara itu. Ketika ini dianggarkan ada kira-kira 60,000 kereta Proton yang digunakan di jalan raya UK dengan jangka hayat purata kenderaan antara 10 hingga 12 tahun. “Berdasarkan maklum balas daripada pengedar kami, Proton memiliki ramai pelanggan setia yang mana setiap enam daripada 10 pelanggan membeli semula model baru Proton. “Peningkatan tinggi harga minyak tahun lalu menyaksikan minat penggunaan terhadap kenderaan kapasiti enjin kurang daripada 1200 cc meningkat, sekali gus menyaksikan jualan Savvy melonjak,” katanya.
Collier berkata, turut menyumbang kepada jualan Savvy adalah peningkatan kesedaran pengguna mengenai penjagaan alam sekitar dan kenderaan kecil seperti Savvy yang lebih mesra alam berbanding kenderaan dengan kapasiti enjin besar. Selain itu, katanya, perubahan minat pengguna kepada kenderaan kapasiti enjin kecil juga adalah disebabkan kesukaran mendapat pinjaman daripada bank. “Krisis kewangan global menyaksikan banyak permohonan pembiayaan pembelian kenderaan baru ditolak bank. Justeru, mereka beralih kepada kenderaan kecil yang berharga lebih murah dan mampu dimiliki. “Umumnya, kami menjangka dapat menjual sehingga 400 unit model Savvy tahun ini,” katanya.


komen : Ini menunjukkan jualan kereta buatan Malaysia dapat diterima di pasaran luar negara. Kita seharus berbangga kereta Malaysia dapat diterima di United Kingdom dan berada dijalanraya mereka. Semoga ekonomi negara bertambah baik
di zaman kepimpinan Dato' Seri Najib selaku Perdana Menteri Ke 6.

KOH TSU KOON SETUJU BERBAHAS TETAPI BERSYARAT

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mahu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengubah status klasifikasi minit mesyuarat Exco mengenai Kampung Buah Pala dan menjawab tiga soalan yang berkaitan menjelang Rabu sebelum beliau bersetuju dengan cadangan berbahas dengan Guan Eng yang akan disiarkan di televisyen.
Tsu Koon berkata, Guan Eng perlu mengumumkan sepenuhnya minit perbincangan semua Exco yang dipengerusikan oleh beliau, yang merupakan Ketua Menteri terdahulu, dan juga oleh Guan Eng yang mengambil alih jawatan itu selepas pilihan raya umum tahun lepas.
''Guan Eng sepatutnya mengalu-alukan ketelusan sepenuhnya kecuali beliau mahu menyembunyikan beberapa fakta sebenar. Beliau juga mesti mengeluarkan salinan geran tanah yang disahkan dan dokumen lain yang relevan," kata Tsu Koon dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh parti itu.
"Beliau tidak boleh hanya menerbitkan kronologi ringkasan minit mesyuarat Exco secara terpilih, sebahagian dan berat sebelah semasa di bawah pimpinan saya seperti dikeluarkan sebelum ini," kata Tsu Koon, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Tsu Koon berkata, beliau memutuskan untuk menerima cabaran Guan Eng untuk memberikan penjelasan dan membersihkan namanya dan menurutnya, Ketua Menteri telah mengulangi 'separuh benar' dan telah menyalahkannya dan Barisan Nasional, dan mengelirukan rakyat.
"Oleh sebab Guan Eng mahukan pertarungan, lebih baik saya puaskan hati beliau," katanya.
Soalan pertama yang beliau mahu Guan Eng jawab ialah untuk mengesahkan jika pakatan pembangkang khususnya DAP telah memberitahu penduduk Kampung Buah Pala yang tapak itu tidak akan dibangunkan jika mereka mengundi pembangkang pada pilihan raya umum lepas.
Keduanya, Guan Eng mesti menyatakan pemilikan penduduk terhadap kampung itu dari segi undang-undang sebelum ia dipindah milik kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dan ketiganya kenapa pindah milik tanah itu berkuat kuasa tiga minggu selepas pembangkang berkuasa.
Kampung Buah Pala akhirnya dirobohkan baru-baru ini selepas bantahan besar-besaran oleh penduduk, untuk memberi laluan bagi projek pembangunan.

( dari sumber Bernama )

komen : Perbahasan yang dicadangkan oleh Lim Guan Eng dan Tan Seri Dr. Koh Tsu Koon adalah langkah yang baik bagi mencari kebenaran. Jangan cuma pandai menaburkan janji di masa Pilihanraya Umum untuk rakyat di Kg Buah Pala selepas itu di biarkan tanpa memperdulikan keperluan rakyat bagi menyelesaikan masalah mereka yang berkehendakkan pertolongan dari pemimpin yang ada kuasa.

Thursday, October 1, 2009

USAHA SAMA MALAYSIA- ARAB SAUDI MAMPU JANA EKONOMI

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Penganalisis-penganalisis tempatan sependapat bahawa pembentukan syarikat usaha sama antara Malaysia dan Arab Saudi yang diumumkan hari ini mampu membantu menjana pesat pertumbuhan ekonomi negara.
Mereka bagaimanapun berkata, lebih banyak maklumat lanjut diperlukan untuk melihat sejauh mana kesan yang bakal dapat dimanfaatkan.
Menurut Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazarry Rosli, pelaburan besar dari Asia Barat di negara ini memberi manfaat kepada pasaran saham negara dan juga rakyat.
Katanya, pelaksanaan syarikat usaha sama itu yang menggalakkan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara bukan sahaja menjana peluang perniagaan malah mewujudkan peluang pekerjaan.
"Pengumuman sedemikian sentiasa dinanti-nantikan pasaran kerana ia memiliki kesan gandaan yang besar kepada pelbagai syarikat dan ekonomi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai penubuhan sebuah syarikat usaha sama bernilai AS$2.5 bilion (RM8.7 bilion) hasil perkongsian antara 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) and PetroSaudi International Limited (PSI).
Syarikat usaha sama berkenaan akan mempelopori kemasukan aliran FDI dari Asia Barat serta melaksanakan pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.
Usaha sama itu merupakan yang pertama dilaksanakan oleh PSI di rantau ini.
Bagaimanapun, Nazarry enggan memberi komen selanjut berikutan intipati mengenai syarikat usaha sama itu belum dijelaskan dengan terperinci.
"Saya hanya boleh berharap pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi yang diumumkan akan menumpu terhadap sektor yang mampu menjana lebih banyak pekerjaan dan bukan hanya memberi manfaat kepada sesetengah golongan.
"Dengan adanya jaringan baik antara Malaysia dan negara tersebut, diharapkan setiap sektor tidak terlepas daripada menerima manfaat," katanya.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan OSK Securities, Chris Eng berkata, usaha sama tersebut merupakan satu pakatan strategik yang amat baik dan menunjukkan keyakinan Arab Saudi terhadap prospek ekonomi di Malaysia.
Katanya, kerjasama tersebut dapat menyaksikan negara tersebut mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.


komen : Ia satu langkah yang baik bagi memperbagaikan sumber ekonomi negara.
Kepimpinan Dato' Seri Najib mampu melaksanakan dasar ekonomi yang berjaya dan menyakinkan pelabur-pelabur dari luar negara.

DI LARANG BERKEMPEN - SPR



PORT DICKSON 30 Sept. – Mana-mana parti yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang dilarang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak tegas terhadap mana-mana parti yang berbuat demikian.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka.
“Kita mahu parti yang tidak bertanding, janganlah menyusahkan SPR dan pihak keselamatan.
“Jangan cuba melanggar undang-undang kerana parti yang tidak bertanding ini tidak membayar deposit bahan kempen serta pilihan raya. Jadi mengapa mereka hendak menumpang,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus dan petugas SPR di sini hari ini.
Dalam pada itu, SPR juga bertegas dalam soal larangan berkempen pada hari pembuangan undi iaitu 11 Oktober ini.

komen : Larangan pemasangan poster, logo dan gambar pemimpin mereka kepada parti-parti gabungan yang tidak berdaftar adalah satu langkah yang baik. Ia hendaklah dilaksanakan dan jangan mencari kesalahan SPR sahaja. Jika parti-parti gabungan tidak berdaftar secara sah, ia tidak dibenarkan sebarang pemasangan poster, logo dan pemimpin mereka semasa proses kempen dijalankan kerana ia akan menganggu parti-parti yang bertanding. Peraturan mesti diikut dan dikuatkuasakan.