Tuesday, October 20, 2009

RAHSIA AWIT MUDA TUN MAHATHIR


MINGGUAN: Apa hobi Tun pada masa lapang?
Dr. Mahathir: Sebenarnya
saya tidak banyak masa
lapang masa kini kerana kerap menulis. Saya mempunyai banyak rencana untuk blog saya, untuk memoir saya dan ada juga tulisan berkenaan dengan tajuk-tajuk tertentu yang belum lagi saya keluarkan. Kalau ada masa, saya cuma tonton televisyen sahaja. Hobi sebenar, tak ada lagi.
Tun nampak muda daripada usia sebenar, apa rahsia Tun kelihatan cergas dan bertenaga?
Dr. Mahathir: Saya memang aktif daripada dulu pun. Saya percaya kalau kita aktif terutama setelah kita bersara dan tidak ada lagi tugas-tugas tertentu, itu sendiri mempunyai kesan baik kepada kesihatan dan kecergasan kita. Jadi kerana kita cergas, maka kita akan merasa lebih sihat dan kerana kita sihat, maka kita lebih cergas. Jadi, orang yang bersara patut mempunyai hobi atau apa-apa minat tertentu yang akan menghabiskan masa siang dan malam mereka.
Bagaimana Tun memastikan keadaan kesihatan sentiasa stabil?


Dr. Mahathir: Saya jaga kesihatan saya. Memanglah kadang-kadang dapat juga penyakit seperti dahulu saya dapat penyakit jantung dan itu telah dirawat dan dibedah. Dan sekarang ini saya sudah pulih daripada sakit itu dan lega daripada kesan pembedahan.
Saya selalu mengambil berat tentang keadaan kesihatan saya iaitu kalau ada apa-apa yang saya rasa kurang baik, maka saya bertanya kepada doktor saya dan saya biasanya mengikuti arahan-arahannya dan ubat-ubat yang perlu saya
makan. Selain itu, saya bersenam, saya berjalan dan saya juga guna treadmill kalau tak dapat berjalan kerana hujan atau lain-lain perkara.
Apa makanan kegemaran Tun? Adakah Tun menitikberatkan aspek pemakanan?
Dr. Mahathir: Makanan saya makanan biasa iaitu nasi dengan kari. Walaupun kadang-kadang saya pilih masakan barat atau Jepun tetapi kegemaran saya, saya fikir semua orang tahu, daripada lauk-lauk yang saya makan yang paling saya suka adalah daging bakar cicah air asam dan sayur keladi. Ini adalah kegemaran saya.


Tetapi saya tak makan terlalu banyak. Selalunya sederhana. Saya makan hampir semua, tak ada yang saya pantang sebenarnya. Dan setiap kali saya timbang berat untuk menentukan saya tidak terlalu berat.
Apakah aktiviti senaman kegemaran Tun?
Dr. Mahathir: Saya buat sikit-sikit sahaja iaitu saya angkat dumbel pagi-pagi dan saya buat senaman tarik nafas dan selain itu, saya juga guna treadmill dan berjalan.
Pada usia ini, sudah tentu Tun gemar bercuti dan melancong bersama keluarga? Apakah aktiviti riadah atau destinasi percutian Tun?
Dr. Mahathir: Saya jarang bercuti sebenarnya tapi setahun sekali saya ambil cutilah. Dalam 10 hari atau dua minggu. Tapi masa cuti pun kalau ada kerja yang boleh buat, saya buat juga. Dan saya selalu ke luar negara kerana ada urusan di sana, memberi ucapan-ucapan setelah dijemput oleh banyak kumpulan-kumpulan. Semasa bercuti, seboleh-bolehnya saya ingin supaya keluarga saya ikut bersama. Saya biasanya bercuti di laut
Mediterranean. Saya suka naik bot di Laut Mediterranean dan pergi ke bandar-bandar kecil di tepi-tepi laut seperti di Turki dan Greece dan kadang-kadang juga di Perancis.
Apa rahsia kebahagiaan rumah tangga Tun dan Tun Dr. Siti Hasmah yang telah bersama selama 53 tahun?


Dr. Mahathir: Dalam soal kebahagiaan rumah tangga, saya berpendapat bahawa apabila kita berkahwin, kita mesti bersikap bertanggungjawab. Kalau ada perpisahan, ia menyakitkan orang lain termasuk anak saya. Dan saya tak nak mereka menjadi tidak senang kerana kelakuan saya. Sebab itu saya lebih suka walaupun kita memanglah ada masalah, mungkin salah faham antara suami isteri, tapi akhirnya kita atasi dan kita balik berdamai. Dan saya tak minat
untuk menyakitkan hati sesiapa termasuk isteri saya dengan mengadakan kegiatan-kegiatan yang kurang baik.
Sejak bila Tun perlu memakai cermin mata?
Dr. Mahathir: Saya mula pakai sejak umur 14 tahun lagi. Tapi rabun mata saya tidak kuat. Kalau saya buat ujian mata, saya boleh baca semua.
Saya bernasib baik kerana tiada katarak. Ada sedikit tetapi tidak mengganggu.
Apa pendapat Tun tentang kesedaran masyarakat sekarang tentang penjagaan kesihatan seperti virus H1N1?
Dr. Mahathir: Ini bergantung pada diri sendiri. Kita tidak boleh berharap Jabatan Kesihatan selamatkan kita, menolong kita daripada dapat jangkitan. Penyakit ini berpunca daripada jangkitan. Kalau kita tidak dekat orang yang ada jangkitan, kita tidak dapat kerana asasnya ada jangkitan. Kita perlu elak daripada berjumpa dengan orang ramai. Kita di sini seolah-olah tidak mengambil berat tentang pemakaian mask (topeng muka) walaupun sudah diarahkan. Ramadan yang lalu, saya pergi pasar Ramadan, saya pakai topeng tetapi pelanggan-pelanggan dan penjual-penjual tidak memakainya.
Kita tidak mengambil berat pasal ini. Misalnya, hidung berair, ini kena berubat dengan cepat.
Apakah nasihat Tun kepada masyarakat dalam menjaga kesihatan seperti penjagaan jantung?
Dr. Mahathir: Saya berpendapat masyarakat mesti mengambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Yang itu mereka mesti jaga daripada awal supaya tidak menjadi terlalu gemuk kerana makan keterlaluan dan mereka jaga supaya mereka
cergas, jaga tubuh badan mereka terutamanya menjaga gigi dan lain-lain bahagian dalam badan kita.


Seboleh-bolehnya tidak makan barangan yang boleh mendatangkan penyakit kepada kita terutama kolestrol dan lain-lain kita makan secara sedikit, tak terlalu banyak.
Apa yang dilarang, kita cuba elak. Jadi dengan cara kita selalu mengambil berat tentang kedudukan tubuh badan kita, saya fikir ini memberi alamat untuk mengelak lebih awal sesuatu yang tidak dikehendaki terutama berkenaan berat badan. Dan kita punya profail, kalau kita tengok sesetengah orang perut mereka buncit kerana mereka tak jaga makan. Ini yang menyebabkan kemudiannya mereka tak nampak sihat. Walaupun mungkin mereka kuat dan sihat tetapi dengan profail yang tak begitu menarik, mereka akan tidak nampak sihat. Dan sebenarnya bila nampak tak sihat akhirnya betul-betul akan menjadi tak sihat.

( dipetik dari sumber utusan malaysia )


komen : Gaya hidup Tun Mahathir perlu dihayati semoga kesihatan kita baik dan diberikan umur yang panjang oleh Allah Taala.

NIAT JAHAT BUNUH POLOTIK - LIOW TIONG LAI

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan dakwaan yang mengaitkan isterinya menerima hadiah daripada individu tertentu dilihat sebagai satu perbuatan berniat jahat untuk membunuh karier politiknya. Naib Presiden MCA itu berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada polis terhadap tuduhan yang dibuat oleh Ahli Parlimen pembangkang itu kerana mahu tahu perkara yang sebenarnya. “Semua itu tidak berasas. Ini permainan politik dan saya nak katakan yang mereka cuba nak tarik keluarga saya ke dalam (kemelut politik). Semua tahu parti saya ada sedikit masalah dan kita sekarang banyak kerja yang perlu dilakukan. “Jadi saya harap janganlah gunakan taktik sebegini. Kita rasa perkara ini amat jahat tujuannya,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.

Semalam akhbar ini melaporkan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berhubung berita dalam internet mengenai dakwaan ‘hadiah’ kereta dari Axis Construction Sdn Bhd (ACSB) kepada isteri Tiong Lai, Datin Seri Lee Su Loo. Artikel tersebut, ‘To The Health Minister YB Dato Liow’ mendakwa Su Loo menerima Toyota Alphard (dengan nombor pendaftaran WSB 15) yang berharga hampir RM600,000 pada hari jadinya pada bulan Januari. Artikel itu seterusnya mendakwa bahawa ACSB membayar wang pendahuluan kereta tersebut berjumlah lebih RM300,000 melalui cek Bank Hong Leong bernombor HLB 373727. Sementara itu, polis telah merujuk laporan terhadap isteri Tiong Lai berkaitan dakwaan yang terkandung dalam: surat yang disiarkan dalam Internet kepada (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed mengesahkan semalam bahawa polis telah merujuk kes itu kepada SPRM dan suruhanjaya itu sedang mengkajinya. “Kita telah menerima maklumat itu daripada polis. Kita sedang mengkaji laporan itu dan akan menyiasat perkara tersebut,” katanya pada sidang media di sini. Beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu itu, dengan mengatakan kerahsiaan dalam siasatan tersebut perlu dijaga. “Sabarlah dan jangan buat spekulasi mengenai apa-apa. Biarlah kita jalankan kerja kita,” katanya.
( di petik dari sumber Sinar Harian )

komen : Siasatan pihak Polis dan SPRM akan menentukan palsu atau fitnah.
Siasatan yang tulus perlu dilakukan. Ini menjadikan menteri yang dilantik biar tulus dan menjauhi rasuah kerana kerajaan bersih adalah impian Dato' Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia ke 6.

HASRAT IBRAHIM ALI SERTAI UMNO AKAN DIKAJI - TIMB. PERDANA MENTERI

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno akan meneliti kewajaran sama ada untuk menerima Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali atau menolak sekiranya beliau membuat permohonan untuk kembali ke pangkuan parti. "Semua orang sekarang berminat untuk masuk Umno sama ada yang sudah keluar hendak masuk balik atau yang baru hendak masuk, jika ada hasrat begitu kita tidak akan sekat. "Tapi apapun ia akan dibawa pada Majlis Tertinggi (MT), pihak pengurusan akan meneliti apakah wajar atau tidak tidak (menerima Ibrahim), apakah ini dibuat atas dasar kesungguhan dan keikhlasan berdasarkan rekod lalu, cara dia (Ibrahim), itu kita nilai kerana Ibrahim Ali ini semua orang kenal, cara politiknya pun agak 'istimewa'," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, menegaskan parti itu tidak akan mengambil keputusan secara tergopoh-gopoh dan hanya akan membuat keputusan selepas kajian secara mendalam. Beliau berkata setakat ini Umno belum menerima sebarang permohonan daripada Ibrahim untuk kembali ke pangkuan parti itu. Ditanya sama ada 'keistimewaan' politik Ibrahim boleh digunakan untuk membantu memperkukuhkan kedudukan Umno di Kelantan sekiranya beliau kembali menyertai parti, Muhyiddin berkata perkara itu akan dikaji.

"Kata orang ada pro dan kontra. Saya fikir kita akan bersikap terbuka dalam soal ini kerana mungkin beliau telah insaf, sedar bahawa satu-satunya (parti) yang berkesan untuk memperjuangkan nasib bangsa agama dan negara ialah Umno dan dia agak rasa terasing, itu pandangan saya lah. "Bagi parti, bila ada pihak yang berminat kita akan tengok kes atas merit permohonan yang berkenaan dan bukan atas dasar umum," katanya. Ibrahim, yang kini Ahli Parlimen Bebas, menyertai Umno pada 1982 tetapi digugurkan daripada parti pada 1988 apabila Umno lama dibubarkan. Beliau kemudiannya menyertai Semangat 46 pada 1989 dan mewakili parti berkenaan pada pilihan raya umum 1990 di mana beliau mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas.
Ibrahim kemudiannya meletakkan jawatan di dalam Semangat 46 dan semua jawatan parti pada 1991 dan menyertai semula Umno pada 1991 sebelum dibuang keahlian daripada parti itu selepas bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum 2004.

( Dari sumber Bernama )

komen : Ia seharusnya dikaji sebelum menerima kemasukkan Ibrahim Ali dalam UMNO. Apakah benar ikhlas atau ada apa matlamat dan menyerang parti UMNO dari dalam, sebab itu selidikan dan kajian perlu dibuat sebelum diluluskan oleh MKT.

KETUA MENTERI P PINANG DIBIDAS CUBA KELIRUKAN RAKYAT

PULAU PINANG 19 Okt. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dibidas hari ini kerana cuba mengelirukan rakyat menerusi kenyataannya bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Percetakan dan Penerbitan akan dihapuskan jika pembangkang berjaya membentuk Kerajaan Pusat.

Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, Guan Eng tidak bercakap benar apabila menyatakan pakatan pembangkang akan membenarkan 'kebebasan bersuara sebenar' di Malaysia jika ia berkuasa di peringkat Pusat.
Beliau berkata, Guan Eng mengelirukan penduduk Pulau Pinang apabila mendakwa beliau menggalakkan kebebasan bersuara sedangkan pada hakikatnya Ketua Menteri itu melakukan sebaliknya.
''Hingga hari ini beliau masih memboikot New Straits Times dan Utusan Malaysia hanya kerana kedua-dua akhbar berkenaan enggan menyiarkan segala apa yang beliau ucapkan,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Kelmarin ketika menghadiri majlis Makan Malam Tahunan Kelab Media Pulau Pinang Guan Eng dilaporkan berkata, jika pakatan pembangkang membentuk Kerajaan Pusat, ia akan menghapuskan kedua-dua akta tersebut.
''Ketua Menteri memang dikenali cakap lain buat lain,'' kata Tong Keong.

( dipetik dari sumber Utusan Malaysia )

komen : Itu adalah sikap pembangkang cuba mengabulkan mata rakyat dan menjanjikan berbagai bagi meraih sempati rakyat agar menyokong mereka. ISA tidak wajar dihapuskan kerana banyak kebaikannya dan begitu juga Akta Hasutan perlu dikekalkan jika tanpa kawalan ngara akan hancor akibat hasutan di media mengakibatkan kaum-kaum yang ada ini berbalah kerana tidak mempercayai kaum-kaum yang lain yang ada di negara ini.

16 SEPT. CUTI UMUM HARI MALAYSIA



KUALA LUMPUR 19 Okt. - Mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.


"Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu.
"Hari Malaysia pula dirayakan dengan acara-acara bersifat mengerat perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat dalam bidang sukan, sosiobudaya, dan kesenian bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.


Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Dr. Marcus Majigoh (BN-Putatan) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Majigoh sebelum itu ingin mengetahui sejauh mana penerimaan rakyat ke atas seruan 'kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia'.
Perdana Menteri menjawab soalan Majigoh itu serentak dengan 15 soalan Ahli Parlimen lain yang turut menyentuh isu serupa.
Dalam pada itu, Najib menambah, bagi meningkatkan lagi perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, kekerapan penerbangan akan dipertingkatkan, pembinaan prasarana bakal diperbanyakkan dan isu kerakyatan akan diberi perhatian serius oleh kerajaan.


Dalam jawapan lisan itu juga, Najib mengambil kesempatan menerangkan bahawa gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri telah menjadi gagasan yang digemari ramai khususnya generasi muda.
"Boleh dikatakan tahap pertama dalam pelaksanaan gagasan 1Malaysia telah mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita berdoa semoga niat suci kerajaan untuk memupuk perpaduan tulen benar-benar berjaya," katanya.


Menjawab soalan tambahan Majigoh sama ada negara ini wajar mempunyai satu identiti bangsa seperti di Indonesia, Thailand dan Filipina, Najib menjelaskan, beliau bersetuju dengan pendapat tersebut.
Bagaimanapun, katanya, asas pembinaan negara sejak dari awal lagi berasaskan mengintegrasi dan bukannya mengasimilasi seperti yang berlaku di Indonesia, Thailand dan Filipina.
"Ini menunjukkan kepimpinan kita dari awal lagi bersifat terbuka dan inklusif kerana kerajaan melihat itulah jalan terbaik apabila kita dapat menampilkan suatu kekuatan berdasarkan bersatu dalam kepelbagaian.
"Tidak ada negara lain yang unik macam Malaysia. Kita berpegang kepada teras perlembagaan dan boleh menerima unsur-unsur yang berbeza sebagai budaya yang terkandung di bawah bumbung 1Malaysia," jelasnya.
( ( dipetik dari sumber Utusan Malaysia )


komen : Cuti umum ini sebagai langkah pengiktirafan kerajaan supaya rakyat tahu dan menyambut Hari Malaysia pada tarikh 16 Sept. pada setiap tahun serta disambut oleh semua rakyat di dalam negara ini.

AWAS DUNIA TANPA SEMPADAN



PUTRAJAYA 19 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan kerajaan dan rakyat negara ini supaya tidak terlalu ghairah dan mudah terpengaruh dengan konsep dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan oleh Barat.


Katanya, ia adalah strategi halus kuasa dunia itu untuk menakluki negara-negara lain bukan melalui peperangan atau persengketaan, tetapi melalui ekonomi dan perdagangan.
Sambil memberi contoh konsep Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) misalnya, ia adalah satu perjanjian yang tidak memberi faedah yang besar kepada Malaysia.
''Negara Singapura yang merupakan negara pertama di rantau ini yang menandatangani perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat mungkin tidak rugi apa-apa kerana negara itu mempunyai pelabuhan bebas cukai.
''Tapi jika FTA dijalankan di Malaysia, apa yang perlu kita korbankan?'' tanya beliau di hadapan kira-kira 200 hadirin pada majlis Wacana Intelek Ulung anjuran Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Dalam syarahannya yang bertajuk Strategi Memartabatkan Melayu di Dunia Tanpa Sempadan, Dr. Mahathir berkata: ''Kita kena faham betul-betul apa yang dikatakan dunia tanpa sempadan ini, kesan dan kebaikannya kepada negara supaya kita tidak terperangkap.
''Saya percaya ada udang di sebalik batu tentang konsep ini.
''Kalau kita terima bulat-bulat, mungkin kita boleh hilang kemerdekaan,'' katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya orang Melayu diperkukuhkan dalam semua bidang agar dapat membentuk nilai hidup yang mampu memartabatkan bangsa.
Salah satu daripadanya, jelas beliau, meningkatkan jati diri dengan mengamalkan budaya rajin bekerja supaya tidak mudah dipengaruhi gejala rasuah.
Selain itu, katanya, orang Melayu perlu memastikan kuasa politik tidak lemah supaya tidak hilang hak-hak keistimewaan.
"Seterusnya orang Melayu perlu berwaspada dengan sebarang idea yang datang dari luar termasuk berupaya menolak perkara-perkara yang boleh mendatangkan keburukan kepada kita," katanya.


Pada majlis itu, Dr. Mahathir turut melancarkan laman web Persatuan Alumni UiTM, www.uitmalumni.com dan buku-buku hasil karya persatuan berkenaan.
Persatuan ini yang sedang mengumpulkan ahlinya seramai kira-kira 350,000 orang di merata tempat, ditubuhkan baru-baru ini bagi membantu meningkatkan profesionalisme ahlinya serta menjaga kebajikan mereka.
Turut hadir pada majlis syarahan perdana itu ialah bekas wanita pertama negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Naib Canselor UiTM, Tan Sri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah dan Presiden Persatuan Alumni UiTM, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed.

( dipetik dari sumber Utusan Malaysia )


komen : Pandangan dari Tun Mahathir itu sebagai peringatan kepada orang melayu dan rakyat Malaysia supaya berhati dalam dunia tanpa sempadan pada masa ini. Ianya amat penting dalam menjaga kemerdekaan yang kita nikmati sekian lama di negara ini.

Monday, October 19, 2009

LEBIH BANYAK WANG DI TANGAN

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Bajet 2010 yang bakal diumumkan Jumaat ini, dijangka menyaksikan had jumlah pendapatan individu yang patut dikenakan cukai dinaikkan lagi.
Keadaan ini bermakna kutipan cukai kerajaan akan berkurangan tetapi jumlah wang yang boleh dibelanjakan oleh rakyat Malaysia bertambah, sekali gus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.


Langkah itu dipercayai diambil kerajaan dalam pembentangan sulung Bajet 2010 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana golongan berpendapatan sederhana sebelum ini dipinggirkan dalam aspek bantuan dan inisiatif berbanding golongan miskin, kata para penganalisis tempatan.

Pengarah Eksekutif Urus Niaga Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazzary Rosli berkata, peningkatan had cukai individu bakal menjadi hadiah kerajaan kepada rakyat kerana ia melibatkan bilangan yang ramai.
Pada masa kini jumlah cukai pendapatan individu ialah sebanyak 12 peratus untuk pendapatan yang dikenakan cukai melebihi RM35,000 hingga RM50,000.
‘‘Langkah ini tidak mustahil untuk dilakukan oleh kerajaan memandangkan sejak Malaysia diterajui oleh Najib, beliau amat bersungguh-sungguh menangani masalah rakyat.

‘‘Bajet 2010 nanti merupakan peluang kepada kerajaan untuk merealisasikan hasrat tersebut dan jika langkah itu benar-benar dilakukan, ia bakal mengubah struktur kehidupan rakyat Malaysia ke arah lebih baik,’’ katanya di sini hari ini.

Sementara itu, tokoh ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, peningkatan jumlah had cukai pendapatan akan memberi lebihan pendapatan kepada golongan terbabit, sekali gus memberi faedah kepada negara melalui kitaran ekonomi.
Beliau berkata, sudah sampai masanya langkah ini diambil memandangkan kehidupan golongan pertengahan di bandar semakin terhimpit akibat peningkatan harga barangan.
‘‘Di Kuala Lumpur misalnya apalah yang boleh dibuat dengan gaji RM3,000. Kita mungkin tidak ada masalah untuk membeli pakaian atau barangan rumah sebab murah dan pelbagai pilihan jenama.
‘‘Masalah utama kita adalah harga makanan yang melambung tinggi sedangkan ia merupakan keperluan hidup.


‘‘Jadi sekiranya kerajaan mengambil pendekatan ini, saya percaya kehidupan rakyat Malaysia akan lebih baik,’’ tambahnya.
Beliau berkata, bagi mengimbangi penurunan pendapatan, kerajaan perlu meningkatkan nilai tambah cukai kepada golongan berpendapatan tinggi, sejajar dengan prinsip percukaian progresif.


Di bawah prinsip itu, golongan kaya atau mewah perlu membayar cukai yang lebih besar berbanding golongan miskin.
Selain itu, kerajaan juga sewajarnya mempertimbangkan untuk menghapuskan bayaran perkhidmatan yang membabitkan jumlah kecil terutama bagi mendapatkan rawatan di hospital miliknya.


‘‘Golongan miskin masih dikenakan bayaran RM1 untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan tidak salah jika bayaran kecil ini dihapuskan terus,’’ kata beliau.
Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Datuk Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem juga berkata, kerajaan wajar menurunkan cukai pendapatan individu kepada satu atau dua peratus lagi.
Penurunan berkenaan tidak akan menjejaskan hasil kerajaan pada Bajet 2010 kerana jangkaan ekonomi lebih baik pada tahun depan.


‘‘Kerajaan telah mengumumkan mengenai subsidi beras dan mungkin akan meluaskan faedah itu bagi subsidi minyak pula,’’ ujarnya.
( dari petikan sumber Utusan Malaysia )

komen : Adalah menjadi harapan semua rakyat di dalam negara ini supaya ia tidak membebankan rakyat di dalam pembentangan bajet 2010 nanti.