Tuesday, November 3, 2009

KEMELUT PAS AKIBAT KEPENTINGAN PERIBADI



KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kemelut yang melanda Pas berlaku akibat sesetengah ahlinya sanggup mengutamakan kepentingan politik peribadi daripada kepentingan parti.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, walaupun kebanyakan daripada ahli Pas mengetahui sikap sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun mereka terus menyokongnya.
Menurutnya, sikap ahli berkenaan menjadikan Pas umpama barang mainan PKR oleh kerana terlalu ingin melihat Anwar menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.
‘‘Dalam hal ini, saya melihat idea kerajaan perpaduan bukan merupakan punca utama berlakunya konflik dalaman parti itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendapat Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee hari ini yang mengatakan konflik dalaman Pas berlaku kerana ada yang menolak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri.
Jelas Syed Ali, keadaan itu berlaku kerana wujud dua kumpulan dalam Pas iaitu yang memihak dan menentang Penasihat PKR.
Beliau sebelum itu mengulas kolum sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang melihat permasalahan dalam Pas bukan sahaja melibatkan golongan pro-UMNO tetapi juga anti- Anwar.
Abdul Latiff memberitahu, kumpulan yang cenderung menyokong Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya mempunyai muslihat tertentu di dalam Pas.

komen : Kemelut dalaman PAS adalah kerana mereka mempunyai 2 kumpulan yang masing-masing mempunnyai kepentingan diri sendiri. Masing-masing rasa mereka layak menjadi pemimpin tertinggi di kalangan PAS sendiri. Walaupun mereka tahu DAP ingin berkuasa tidak sama perjuangan DAP dengan PAS. Negeri yang ditadbir gagal ditadbir dengan baik, j anji Pilihanrayayang lalu gagal ditunaikan contoh nya membela rakyat miskin dan sumber kewangan gagal didapati dan masih mengharapkan bantuan kerajaan pusat ( Kerajaan BN juga ).

2 comments:

  1. Sebagai saorang manusia sikap tamak, hasad dengki memang tak boleh nak dibuang..Didalam perebutan nak berkuasa mereka sanggup mencantas sesiapa sahaja yang tak sehaluan dengan meraka ataupun mereka melihat individu tersebut merupakan penghalang bagi beliau untuk berkuasa..

    ReplyDelete
  2. Salam Mat yen, mereka bukan berebut kuasa, mereka hendak menyingkirkan mana pemimpin PAS yang terlalu ekstrim dengan perjuangan Islam, sebab sekarang PAS sedang menuju perubahan wajah iaitu ingin melupakan 'perjuangan Islam' mereka....

    ReplyDelete