Wednesday, August 11, 2010

KERJASAMA BUKAN PERKONGSIAN IKHLAS




KUALA LUMPUR 10 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan Pas bersekongkol dengan DAP merupakan contoh jelas bahawa hipokrasi masih menebal dalam dunia politik di negara ini.
Katanya, tindakan Pas itu bukanlah satu perkongsian yang ikhlas sebaliknya parti itu hanya mahu mendapatkan sokongan dan undi kaum Cina semata-mata.


“Jika Pas terlalu menyokong kaum Cina pada hari ini, ia bukan kerana parti itu tidak lagi terkesan oleh dasar kaum atau agama tetapi lebih kepada memainkan sentimen perkauman Cina untuk mendapatkan undi kaum itu semata-mata.
“Perlu diingatkan sebelum ini, Pas pernah mengutuk UMNO kerana bekerjasama dengan MCA tetapi sekarang Pas menerima DAP. Inilah hipokrasi berpolitik,” katanya di dalam blog
http://chedet.co.cc.

Mahathir berkata, perkauman juga masih menjadi isu dalam dunia politik di negara ini apabila masih ada yang mempersoalkan kuasa politik yang dipegang oleh kaum tertentu terutama oleh orang Melayu.
Katanya, orang Melayu perlu mengekalkan kuasa politiknya selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak mencapai sasarannya untuk meningkatkan taraf ekonomi kaum itu dan bumiputera kepada 30 peratus.


Seharusnya kaum bumiputra perlukan pembelaan demi kekuatan yang lebih kukuh dari sebelum ini. Mereka perlukan pembelaan yang betul-betul baik dan padu bagi mencapai hasrat murni itu. Jika tidak melayu akan tertinggal kebelakang dari kaum lain di Malaysia ini.

1 comment:

  1. Terima kasih atas tulisan, akan terus bersama jika ada kesempatan di Gelombang Wangsa Maju. Tk.

    ReplyDelete