Thursday, February 18, 2010

NIK AZIZ AMALKAN DEMOKRASI TERPILIH



KUALA LUMPUR 17 Feb. - Gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim melepaskan jawatan membuktikan beliau mengamalkan demokrasi terpilih dan seorang yang tidak konsisten.


Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, kenyataan Nik Aziz itu mengelirukan serta bercanggah dengan pendiriannya sebelum ini.
Beliau mengingatkan yang Menteri Besar Kelantan itu pernah menyokong amalan melompat parti apabila tindakan itu dilihat menguntungkan Pas dan pakatan pembangkang.


"Nik Aziz mengamalkan demokrasi terpilih kerana apa sahaja yang dilihat menguntungkan Pas serta pembangkang 'dihalalkan' dan sudah tentu perkara ini (percanggahan) menjejaskan imej Islam yang dibawa Pas.
"Justeru, saya mencabar kepimpinan Pas supaya meminda perlembagaan parti agar jawatan Mursyidul Am dapat dipertandingkan seterusnya menentukan sokongan ahli terhadap Nik Aziz," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.


Md. Shukri mengulas kenyataan Nik Aziz yang meminta Zahrain supaya mengosongkan jawatannya ekoran keputusannya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu.
Menurut Nik Aziz, tindakan Zahrain untuk keluar parti merupakan satu pengkhianatan ke atas amanah yang diberikan oleh rakyat di kawasan Parlimen Bayan Baru.


Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini pernah menegaskan amalan lompat parti menepati peruntukan undang-undang serta sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.
Kenyataan itu dibuat Nik Aziz ketika mengulas pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mengambil alih kerajaan melalui kaedah lompat parti oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dua tahun lalu.
Md. Shukri menambah, kenyataan bercanggah oleh Nik Aziz itu membahayakan negara kerana beliau berupaya mengheret para penyokongnya ke arah sistem anarki berikutan prinsip politik yang tidak jelas.
"Sudah tentu dia (Nik Aziz) bukan tok guru agama, tetapi lebih kepada 'tok guru siasah' yang pandai mengambil segala kesempatan," jelasnya.


Itulah cara Nik Aziz akan menghalalkan jika ia memihak kepadanya. Ia bukan lagi tokoh PAS seperti Alahyarham Ustaz Fadil Nor atau tokoh-tokoh PAS sebelum ini.

Perjuangan PAS pada zaman ini berbeza hanya berjuang mengikut caranya bukan lagi berjuang untuk benar-benar mengikut ajaran islam.

Friday, February 12, 2010

ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH



KUALA LUMPUR 11 Feb. - Raja-Raja Melayu dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-220 yang berlangsung semalam dan hari ini, mengambil maklum pelbagai permintaan, surat dan memorandum pelbagai pertubuhan dan individu Islam di negara ini yang menzahirkan rasa dukacita mereka tentang penterjemahan perkataan 'God' kepada Allah.

"Isu ini jika tidak ditangani dengan segera akan menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan tersebut, Perkara Tiga Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini dan Perlembagaan Persekutuan juga memberikan kuasa kepada Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri di negara ini.
"Raja-Raja Melayu bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara tanpa mengetepikan hak dan kebebasan beragama kaum-kaum lain.


"Raja-Raja Melayu memberi jaminan untuk memenuhi tanggungjawab melindungi kesucian dan status agama Islam," kata kenyataan itu.
Raja-Raja Melayu juga mengambil maklum isu penggunaan istilah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly sedang di peringkat pertimbangan Mahkamah Rayuan, menurut kenyataan itu lagi.


Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini yang dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah turut membincangkan perkara-perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan serta pelantikan hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. - Bernama


Setiap orang islam perlu pertahankan kalimah Allah. Ia tidak boleh diganggu gugat oleh orang lain.Orang islam perlu bersatu dalam soal agama.

Tuesday, February 9, 2010

100 AHLI PKR MENYERTAI UMNO KERANA HILANG KEPERCAYAAN



KUALA LUMPUR 8 Feb. - Gara-gara tidak lagi percayakan kepimpinan yang mementingkan agenda peribadi berbanding nasib rakyat, 100 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Bendahari PKR Wilayah Persekutuan, Norasidi Salim nekad keluar parti dan menyertai UMNO.


Mereka yang merupakan ahli PKR Cabang Bandar Tun Razak turut mendakwa hilang kepercayaan kepada Ahli Parlimen kawasan tersebut, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggap terlalu elit sehingga melupakan tugas selaku wakil rakyat.
Kumpulan itu menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di pejabat badan itu di sini malam ini. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan badan itu.


Perkembangan tersebut merupakan tamparan hebat kepada parti itu apatah lagi pada saat-saat kes liwat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dibicarakan di mahkamah.
Sementara itu, menurut Norasidi, keputusan itu dibuat dengan rela hati tanpa sebarang desakan.
"Kami yakin UMNO dapat mengembalikan kepercayaan rakyat dan mentadbir negara dengan baik demi kesejahteraan rakyat,'' katanya kepada pemberita di sini malam ini.


Ahli PKR sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR dan menyertai UMNO. Itu adalah satu tamparan yang hebat bagi PKR dan UMNO terus diterima oleh rakyat.

UMNO PERLU BERHATI-HATI AJAKAN PEMBANGKANG



KUALA LUMPUR - UMNO perlu berhati-hati dalam menimbang pelawaan pihak pembangkang untuk berbincang atau bekerjasama bagi mengelakkan terperangkap dengan mainan politik sempit, kata Naib Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau percaya perkara serupa dilakukan pembangkang apabila UMNO atau Barisan Nasional (BN) membuat tawaran sedemikian.


“Jika kita tidak mengambil langkah berhati-hati, nanti setiap apa yang kita lontarkan, dikhuatiri akan diputarbelitkan dan dimain-mainkan untuk kepentingan politik sempit yang akhirnya memporak-perandakan negara dan memecahbelahkan rakyat,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Beliau yang sebelum itu menerima lawatan delegasi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Palapes IPTA) ke kementeriannya diminta mengulas pendirian UMNO berhubung tawaran Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bermuzakarah dengan UMNO demi kepentingan agama Islam. Ahmad Zahid yang berpendapat perbincangan itu sebagai langkah positif bagaimanapun meminta Pas agar menetapkan pendirian sebelum memfokuskan isu yang harus dibincang.


“Perbincangan itu tidak salah direalisasikan demi kepentingan negara, ummah dan juga kepentingan rakyat dengan diterjemahkan dalam bentuk ukhuwah dan rasa persaudaraan tetapi dengan syarat isu di hadapan kita tidak dimanipulasikan dan dipolitikkan. “Pas harus menentukan pendirian mereka dan apabila mereka jelas mengenai pendirian mereka barulah kita memfokuskan kepada isu yang harus dibincangkan,” katanya. - Bernama


UMNO perlu berhati-hati, atau itu cuma permainan parti PAS bagi melemahkan Kerajaan UMNO/BN. Ini kerana UMNO dalam proses pemulihan dan sudah muda semula kalangan orang melayu. Sikap berhati perlu ada dikalangan pemimpin tertinggi UMNO supaya kita tidak tunduk terhadap permainan PAS.

Thursday, February 4, 2010

KEPIMPINAN PAS DISERANG AHLI PAS DEMI KEPENTINGAN POLITIKNYA

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kecewa dengan sikap ahli parti itu yang secara semberono menyerangnya berhubung hukuman yang diputuskan terhadap dua pemimpin parti tersebut baru-baru ini.
Menurutnya, agak pelik kerana bukannya UMNO yang cuba mengambil kesempatan melemahkan pengaruh Pas tetapi ia dilakukan oleh ahli parti itu sendiri.
"UMNO Tidak Menyerang Pas...' dalam blognya,
http://tuanibrahim.blogspot.com.

Jumaat lalu, Jawatankuasa Disiplin Pas memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad digantung jawatan sebagai Yang Dipertua Pas kawasan Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Lujnah Politik Pas selama enam bulan berkuat kuasa serta merta.
Beliau didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej parti serta mendedahkan kerahsiaan parti di dalam blognya itu.
Jawatankuasa itu turut memutuskan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sebagai bersalah tetapi hanya diberikan amaran bertulis atas tuduhan mengkritik secara terbuka pentadbiran kerajaan Selangor.


Kedua-dua pemimpin itu juga dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti dan sekiranya ia berlaku, jawatankuasa akan bertindak mengikut peruntukan sedia ada.
Mengikut pendakwaan, Khalid dituduh mengkritik Hasan secara terbuka berhubung isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) serta menyiarkan minit mesyuarat Pas Selangor di dalam blognya pada 27 September 2009.
Hasan pula dituduh mengkritik prosedur pendengaran Selcat selain membuat kritikan terbuka terhadap pelantikan pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi.


Dahulu PAS dan PKR semua yang berlaku berkenaan isu dan kelemahan parti itu semua kerja orang UMNO. Tapi sekarang sesama mereka menjatuhkan dan menyerang sesama sendiri. Ini semua diakui oleh Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS.
Pas sesama mereka bercakaran sudah.

PERJUANGAN PERKASA UNTUK MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU PERLU DITERUSKAN

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) tidak mungkin bertukar menjadi parti politik kerana agenda utamanya memperjuangkan nasib orang Melayu.
"Perkasa akan meneruskan perjuangan sebagai 'pemimpin kecil' walaupun menerima pelbagai tohmahan kerana dikatakan begitu kuat menyokong kerajaan UMNO," katanya pada sidang akhbar di pejabat Perkasa, di sini hari ini.
Dalam pada itu, kata Ibrahim, beliau dan 36 anggota Perkasa telah mengunjungi pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya semalam untuk menyerahkan dua memorandum.


"Dalam pertemuan hampir dua jam itu, kami memberi tiga tumpuan utama yang diperbincangkan iaitu berkaitan dengan pendidikan, ekonomi dan keselamatan," katanya.
Menurutnya, perbincangan mengenai isu pendidikan dan ekonomi itu lebih membabitkan hak keistimewaan orang Melayu yang mengikut Perkara 153, Perlembagaan.
Tambah beliau, antara isu pendidikan yang dibincangkan termasuk isu meritokrasi yang mengetepikan kepentingan 30 peratus hak bumiputera.
"Setelah diperkenalkan meritokrasi, jumlah pelajar yang memasuki universiti dalam bidang kritikal seperti kejuruteraan, perubatan dan undang-undang ketara perbezaannya antara bumiputera dan bukan bumiputera," katanya.


Sehubungan itu, Ibrahim berkata, Perkasa mencadangkan kerajaan kembali menggunakan nisbah jumlah penduduk Malaysia iaitu bumiputera 60 peratus dan kaum lain 30 peratus supaya hak bumiputera tidak dinafikan.
"Perkasa juga mencadangkan kepada kerajaan supaya meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga penyertaan 30 peratus bumiputera dalam bidang ekonomi tercapai sepenuhnya," katanya.
Menurutnya, Muhyiddin juga memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap isu DEB yang dicadangkan Perkasa.
Berhubung isu keselamatan, Ibrahim berkata, pihaknya meminta kerajaan supaya menghapuskan terus visa semasa ketibaan (VOA) yang telah menyebabkan negara ini kini dibanjiri warga asing.

Perjuangan Perkasa untuk mempertahankan hak orang melayu perlu diterus. Jangan Melayu dipinggirkan di bumi mereka sendiri. Taniah dan syabas Perkasa.



Wednesday, February 3, 2010

LIM GUAN ENG TAK SEBULU DENGAN EXCO DAN ADUNNYA



GEORGETOWN: Seorang bekas pemimpin veteran DAP, Tham Weng Fatt, semalam mendedahkan mengenai pergeseran yang didakwa berlaku di antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan beberapa Exco negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu sendiri hingga menyebabkan keretakan dalam DAP semakin buruk. Tham yang menganggotai DAP selama 22 tahun dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Pasukan Bertindak DAP Pulau Pinang sebelum menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM), bulan lalu, mendakwa pergeseran itu berlaku kerana perebutan kuasa tetapi perkara berkenaan cuba disembunyikan Lim.
Beliau mendakwa pergeseran itu antara lain membabitkan Guan Eng dengan Exconya, Phee Boon Poh dan Law Heng Kiang serta Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri, Ooi Chuan Aun atau Jeff Ooi. "Saya berada dalam parti selama 22 tahun dan saya tahu apa yang berlaku.


Sememangnya berlaku keretakan dalam parti yang semakin buruk dan menunggu masa untuk meletup," katanya ketika ditemui di sini. Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, dikritik hebat sejak kebelakangan ini terutama oleh wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim dan Tan Tee Beng, masing-masing Ahli Parlimen Bayan Baru dan Nibong Tebal.

Zaharin melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis, manakala Tan mendakwa Guan Eng mentadbir negeri ini secara tidak adil sehingga hak rakan dalam pakatan pembangkang diabaikan dan tidak gemar dikritik. Tham berkata, keretakan dalam DAP juga berlaku kerana layanan berbeza oleh Guan Eng terhadap pemimpin yang dibawa ketika pilihan raya umum lalu berbanding dengan veteran DAP yang memastikan kemenangan parti sebelum ini. "Awak sendiri boleh lihat ahli baru di pejabat Ketua Menteri dan Ibu Pejabat DAP (di Pulau Pinang). Mereka ini adalah orang Guan Eng," katanya. Tham berkata, keretakan dalam DAP sebenarnya bukan perkara baru tetapi keadaannya sekarang bertambah buruk.


Guan Eng perlu sedar beliau adalah Ketua Menteri untuk semua rakyat Pulau Pinang dan perlu berhenti bertindak seperti Setiausaha Agung DAP. Tham juga mendakwa Guan Eng bertindak seolah-olah cuba menguasai segala-galanya dalam pakatan pembangkang sehingga menyebabkan ahli PKR dan Pas tidak berpuas hati. "Oleh kerana itulah mereka mengkritik dan menghentamnya," katanya yang meminta Ketua Menteri bertindak segera memperbetulkan kesilapannya. Sementara itu, "Saya sedia dipecat dan sudah pun menjangkakan hukuman bakal menanti," katanya ketika dihubungi. Tan turut menjelaskan beliau tidak pernah melobi jawatan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), sebaliknya dilakukan oleh partinya sebelum ditolak DAP. "Mereka beritahu saya tidak boleh memegang jawatan itu.


Telah nampak ahli-ahli DAP cuma hendak berebut untuk mengejar jawatan tanpa memperdulikan penggundi. Mereka lebih berminat berebut jawatan bagi kepentingan mereka sendiri. Sedarlah tolak DAP dan bersatulah kembali menyokong BN yang unggul banyak membantu rakyat dan membela rakyat. Perkhidmatannya usah dipertikaikan dan banyak jasanya.