Tuesday, February 9, 2010

UMNO PERLU BERHATI-HATI AJAKAN PEMBANGKANG



KUALA LUMPUR - UMNO perlu berhati-hati dalam menimbang pelawaan pihak pembangkang untuk berbincang atau bekerjasama bagi mengelakkan terperangkap dengan mainan politik sempit, kata Naib Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau percaya perkara serupa dilakukan pembangkang apabila UMNO atau Barisan Nasional (BN) membuat tawaran sedemikian.


“Jika kita tidak mengambil langkah berhati-hati, nanti setiap apa yang kita lontarkan, dikhuatiri akan diputarbelitkan dan dimain-mainkan untuk kepentingan politik sempit yang akhirnya memporak-perandakan negara dan memecahbelahkan rakyat,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Beliau yang sebelum itu menerima lawatan delegasi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Palapes IPTA) ke kementeriannya diminta mengulas pendirian UMNO berhubung tawaran Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bermuzakarah dengan UMNO demi kepentingan agama Islam. Ahmad Zahid yang berpendapat perbincangan itu sebagai langkah positif bagaimanapun meminta Pas agar menetapkan pendirian sebelum memfokuskan isu yang harus dibincang.


“Perbincangan itu tidak salah direalisasikan demi kepentingan negara, ummah dan juga kepentingan rakyat dengan diterjemahkan dalam bentuk ukhuwah dan rasa persaudaraan tetapi dengan syarat isu di hadapan kita tidak dimanipulasikan dan dipolitikkan. “Pas harus menentukan pendirian mereka dan apabila mereka jelas mengenai pendirian mereka barulah kita memfokuskan kepada isu yang harus dibincangkan,” katanya. - Bernama


UMNO perlu berhati-hati, atau itu cuma permainan parti PAS bagi melemahkan Kerajaan UMNO/BN. Ini kerana UMNO dalam proses pemulihan dan sudah muda semula kalangan orang melayu. Sikap berhati perlu ada dikalangan pemimpin tertinggi UMNO supaya kita tidak tunduk terhadap permainan PAS.

No comments:

Post a Comment