Thursday, February 4, 2010

PERJUANGAN PERKASA UNTUK MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU PERLU DITERUSKAN

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) tidak mungkin bertukar menjadi parti politik kerana agenda utamanya memperjuangkan nasib orang Melayu.
"Perkasa akan meneruskan perjuangan sebagai 'pemimpin kecil' walaupun menerima pelbagai tohmahan kerana dikatakan begitu kuat menyokong kerajaan UMNO," katanya pada sidang akhbar di pejabat Perkasa, di sini hari ini.
Dalam pada itu, kata Ibrahim, beliau dan 36 anggota Perkasa telah mengunjungi pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya semalam untuk menyerahkan dua memorandum.


"Dalam pertemuan hampir dua jam itu, kami memberi tiga tumpuan utama yang diperbincangkan iaitu berkaitan dengan pendidikan, ekonomi dan keselamatan," katanya.
Menurutnya, perbincangan mengenai isu pendidikan dan ekonomi itu lebih membabitkan hak keistimewaan orang Melayu yang mengikut Perkara 153, Perlembagaan.
Tambah beliau, antara isu pendidikan yang dibincangkan termasuk isu meritokrasi yang mengetepikan kepentingan 30 peratus hak bumiputera.
"Setelah diperkenalkan meritokrasi, jumlah pelajar yang memasuki universiti dalam bidang kritikal seperti kejuruteraan, perubatan dan undang-undang ketara perbezaannya antara bumiputera dan bukan bumiputera," katanya.


Sehubungan itu, Ibrahim berkata, Perkasa mencadangkan kerajaan kembali menggunakan nisbah jumlah penduduk Malaysia iaitu bumiputera 60 peratus dan kaum lain 30 peratus supaya hak bumiputera tidak dinafikan.
"Perkasa juga mencadangkan kepada kerajaan supaya meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga penyertaan 30 peratus bumiputera dalam bidang ekonomi tercapai sepenuhnya," katanya.
Menurutnya, Muhyiddin juga memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap isu DEB yang dicadangkan Perkasa.
Berhubung isu keselamatan, Ibrahim berkata, pihaknya meminta kerajaan supaya menghapuskan terus visa semasa ketibaan (VOA) yang telah menyebabkan negara ini kini dibanjiri warga asing.

Perjuangan Perkasa untuk mempertahankan hak orang melayu perlu diterus. Jangan Melayu dipinggirkan di bumi mereka sendiri. Taniah dan syabas Perkasa.



1 comment:

  1. auk jangan memain pokde..aku akan bagitau Ibrahim Ali auk memng tak suka PERKASA..jagalah awok

    ReplyDelete