Monday, February 1, 2010

ANWAR IBRAHIM APA CARA PUN MAJADI PERDANA MENTERI



GEORGETOWN - Selepas kurang 24 jam mengkiritik secara terbuka pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ahli Jawatankuasa Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim menjadikan ’bossnya’, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran kedua. Melalui temubual secara eksklusif bersama Sinar Harian semalam, Zahrain secara terbuka membidas tindakan Penasihat PKR itu yang didakwanya terlalu ghairah mengejar jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti untuk berkompromi dengan tekanan pemimpin DAP.


"Perjuangan PKR kini sudah melencong daripada matlamat asal. Dulu dia (Anwar) kata nak buat reformasi dalam pelbagai bidang untuk kebaikan rakyat dan negara tetapi sekarang sudah jadi lain," kata bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu. Zahrain yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru berkata, beliau bimbang sikap Anwar yang terlalu berkompromi dengan pemimpin DAP untuk memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri menyebabkan rak-yat hilang kepercayaan kepada PKR. "Ini yang membimbangkan saya sebenarnya. Kita tidak boleh berkompromi dengan mengorbankan prinsip perjuangan untuk memenuhi agenda lain. Kita perlu kembali kepada matlamat asal dan Anwar tidak boleh ketepikan pandangan rakan-rakan yang sudah lama mendokong perjuangan PKR selama ini," katanya. Zahrain berkata, PKR perlu kembali kepada matlamat asal dan tidak boleh sama sekali tunduk mengorbankan prinsip yang dipegang selama ini untuk memenuhi impian lain. “Adakah kita perlu melencongkan perjuangan parti serta tunduk kepada tekanan DAP semata-mata mahu mengejar sesuatu yang belum pasti,” katanya. Beliau mengakui bimbang rakyat akan bertindak dan menilai semula peranan PR dalam politik tanah air berdasarkan perkembangan yang berlaku dalam gabungan itu sekarang ini. Saya mahu menjayakan reformasi yang dilaung-laungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa satu perubahan kepada negara.


PKR hanya ikut telunjuk Anwar Ibrahim bagi menjaga hati DAP dan supaya hasrat Anwar Ibrahim akan tercapai jadi PM. Isu tak puas hati itu perkara biasa yang lebih penting bagi menjaga kepentingan PKR, DAP dan PAS di bawah satu pakatan. Jika dinilai dan dihayatai kata Datuk Seri Zahrin bin Mohd Hashim, Ahli Jawatankuasa Biro Politik Parti Keadilan Rakyat, PKR telah lari dari matlamat asal untuk melakukan refomasi dalam berbagai bidang untuk kebajikan rakyat amnya.

3 comments:

  1. Tuan, kalau anwar betul2 nak jadi pm dah lame dulu dah kalau die ikut telunjuk mahathir..tapi prinsip keadilan menjadi pegangan DSAI..

    ReplyDelete
  2. alam maya.... Mahathir tu syg dia mcm anak sendiri. Di bela di belai untuk di jadikan PM pengganti dia. Berapa tempat yang Anwar lompat dalam UMNO di tolong oleh Mahathir supaya dia kedepan. Umpama pokok tot. Akarnya pendek tak kuat. Orang2 yang lebih senior ketika itu tak boleh buat apa sebab Mahathir yang mau.

    Berapa kali telah di lapurkan ke Mahathir kes liwat Anwar tapi Mahathir tutup mata. Lama juga baru Mahathir bukak mata.

    Ingat tak letih ke Mahathir didik dia untuk jadi PM. Mahathir terluka.

    Bukan pasal prinsip kerana Anwar orang yang tak perprinsip. Prinsip nya berubah mengikut keadaan. Ibarat sesumpah.

    Kalau nak tau... Anwar semaasa ABIM berjanji akan sentiasa pakai kemeja lengan pendek putih saperti di pakai nya bagaimana pun tinggi nanti kedudukannya. Adakah dia memenuhi janji itu? Atau kah janji itu adalah prinsip keadaan untuk mengambil hati kawan2 pada masa itu?

    Jangan cakap tanpa mengkaji sejarah. Kalau masih muda baca dulu sejarah baru tahu.

    Jangan jadi penyokong yang membuta tuli. Gunakan akal dengan fikiran terbuka dan saksama.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Terima kasih kepada hahn, atas layari blog pena matyen.

    ReplyDelete