PUTRAJAYA 1 Feb. - Gabungan NGO Malaysia mendesak pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuka mata terhadap senario peniaga Melayu di Pulau Pinang yang terabai di bawah kepimpinan DAP.
Setiausahanya, Mohd. Jurit Ramli menegaskan, jika PKR menganggap tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan kemelut yang dihadapi peniaga Melayu sebagai salah, pihaknya sebaliknya mengalu-alukan keprihatinan wakil rakyat pakatan itu sebagai seorang yang berprinsip dan bermaruah.
''Beliau tidak menggadai maruah bangsa hanya semata-mata menjaga kepentingan politik. Sememangnya itu adalah tugas pemimpin yang dipertanggungjawabkan.
''Apa yang telah dibangkitkan oleh Datuk Zahrain itu harus diberi perhatian oleh pemimpin tertinggi PKR. Mohd. Jurit berkata, pihaknya amat bersimpati dengan nasib peniaga-peniaga Melayu di Pulau Pinang.
''Gerai-gerai milik peniaga Melayu dirobohkan dengan alasan mereka tidak mengikut peraturan Pihak Berkuasa Tempatan sedangkan gerai ini telah lama wujud sebelum pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang," katanya.
Dalam aspek ini, beliau turut menuntut penjelasan berhubung status gerai milik bukan bumiputera yang berniaga tanpa mengikut garis panduan PBT yang terlepas dari sebarang tindakan.
''Sedangkan mereka ini berniaga di bahu-bahu jalan yang mana boleh mengganggu lalu lintas serta menyebabkan kekotoran keadaan sekeliling seperti di sekitar Georgetown meliputi Lebuh Weld Quay, Lebuh Chulia, Lebuh Kimberly, Lorong Baru, Jalan Macalister, Jalan Burma dan Sungai Dua," katanya.
Kata beliau: ''Pemimpin DAP sepatutnya tidak mengaitkan Datuk Zahrain dengan masalah peribadi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.
''Sepatutnya berilah perhatian terhadap isu yang dibangkitkan oleh beliau kerana ia ada kaitan dengan masalah rakyat. Sememangnya tugas wakil rakyat adalah untuk membela nasib rakyat khasnya peniaga-peniaga Melayu di Pulau Pinang."
Begitulah nasib orang melayu dipimpin oleh DAP. Mereka cuma pandai menarik melayu menyokong mereka dan apabila berkuasa melayu dipinggir seperti sampah yang dibuang tidak berguna langsung. Sedarlah orang melayu Pulau Pinang, kembalilah menyokong kerajaan BN yang mampu membela nasib orang miskin tidak seperti PKR, PAS dan DAP cuma penting kuasa dari menolong kaum miskin dan tertindas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment