Wednesday, July 28, 2010

CARI TITIK NOKTAH PERPADUAN

SHAH ALAM - UMNO dan Pas perlu mencari titik noktah perpaduan untuk mencapai kesepakatan bersama demi kebaikan rakyat. Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perbezaan pendapat antara kedua-dua parti adalah perkara positif untuk rakyat. “Ini kerana dalam perbezaan tersebut pasti terdapat satu persamaan antara mereka dengan satu titik noktah kerjasama untuk membangunkan rakyat.

“Perpaduan haruslah berasaskan Islam mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan supaya tiada berlaku pengkhianatan ke atas dasar itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, perpaduan tersebut adalah untuk semua rakyat dan tidak hanya tertumpu kepada kaum dan agama tertentu sahaja. “Idea yang bijak ialah kepelbagaian pendapat dapat dibentangkan dengan sikap toleransi setiap pihak untuk dimanfaatkan kepada rakyat. “Negara kita mengamalkan demokrasi di mana setiap pihak perlu bersikap terbuka dengan menerima pendapat setiap pihak,” katanya.

Oleh itu setiap pihak perlu mencari jalan penyelesaian bagi mencapai kesepakatan diantara UMNO dan PAS. Mereka juga sealiran boleh mencari jalan sepakat untuk mencapai perdamian yang baik untuk jalan perpaduan. Buangkan sikap tuduh menuduh dan cari jalan terbaik menyelesaikan perkara tersebut demi anak bangasa dimasa hadapan.

No comments:

Post a Comment