Wednesday, July 21, 2010

MUFTI KATA SAYA BOKAN BERBOHONG



SHAH ALAM – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan beliau tidak berbohong mahupun mengkhianati sesiapa berhubung kenyataannya sebelum ini bahawa ada pemimpin UMNO dan Pas menemuinya berbincang mencari jalan untuk menyatupadukan orang Melayu.


“Mereka (Pas) hendak kata saya tipu, biarkanlah... memang kerja mereka...Saya kata memang ada pemimpin Pas yang datang menemui saya, pemimpin UMNO pun ada jumpa saya. “Dia bukan minta jadi orang tengah antara Pas dan UMNO, dia minta pandangan untuk mencari jalan macam mana untuk menyatupadukan orang Melayu.


Sudah memang jelas UMNO dan Pas sekarang bergaduh, jadi semua orang faham saya sebagai orang tengah kedua-dua parti itu,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam. Ditanya siapakah pemimpin UMNO dan Pas yang menemuinya, Harussani enggan mendedahkan individu terbabit demi menjaga nama baik dan amanah yang diberikan terhadapnya. “Saya seorang mufti, takkanlah saya nak membohong.


Diharapkan jalan perdamaian masih terbuka luas dan berbaikkan sesama umat islam. Jika diharapkan semua pihak perlu bersatu di atas dasar agama Islam. Islam menyuruh kita bersatu padu. Haram bagi kita berkelahi... kerana perselisihan begini akan memecahbelahkan bukan sahaja Melayu malah Islam itu sendiri. Fikirkan nasib cucu-cucu serta generasi akan datang jika kita berpecah-belah,” katanya. Harussani.

No comments:

Post a Comment