Tuesday, May 4, 2010

INTERNET, TELEVISYEN " MUSUH BUKU " KATA UNGKU AZIZ

KUALA LUMPUR 3 Mei - Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz menganggap Internet dan televisyen merupakan 'musuh' kepada buku kerana menghakis budaya membaca di kalangan masyarakat seperti yang berlaku di Malaysia ketika ini.

Menurut tokoh akademik itu, penggunaan yang meluas kedua-dua medium itu kini membentuk masyarakat yang bergantung sepenuhnya kepada Internet dan televisyen untuk mendapatkan maklumat sekali gus meminggirkan kandungan sesebuah buku.
"Ia menjadi semakin parah apabila sesuatu pengetahuan itu tiada di Internet, maka ia akan diabaikan begitu sahaja dan sangat merugikan masyarakat," katanya.


Beliau berkata demikian semasa sesi menandatangani autograf buku mengenainya bertajuk The Renaissance Man di kedai buku Kinokuniya (Malaysia) Sdn. Bhd. di Suria KLCC hari ini.
Buku tersebut berkisar tentang pengalaman beliau sepanjang perkhidmatannya di Universiti Malaya (UM).


Itu kata seorang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan. Beliau seorang tokoh yang dikagumi yang melahirkan anak Gebnor Bank Negara. Kita seharus mendengar pandangan seorang tokoh ilmuan agong dalam negar ini.

KEPUTUSAN MUKTAMAD MOU KONSESI BINA 6 KAMPUS BARU UITM

2010/05/04PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini memuktamadkan memorandum persefahaman (MoU) bagi konsesi membina enam kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara. Ini diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebentar tadi.

Ia satu langkah yang baik untuk kepentingan pendidikan. Diharapkan di Lipis akan mendapat satu yang disebutkan itu.

AWASI PELAMPAU POLITIK

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd Noor menyifatkan pelantikan beliau sebagai senator adalah landasan terbaik untuk menerangkan kepada rakyat anasir jahat yang mengamalkan politik melampau dan membahayakan negara.

Menurutnya, spekulasi bahawa akan diberikan jawatan dalam kerajaan itu bukan matlamat beliau sebaliknya Ezam melihat pelantikannya itu, sebagai pengiktirafan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadapnya. “Ketika saya menjadi pemimpin pembangkang, saya hanya bertanding sekali pada 1999, pada 2004, saya tidak tanding (pilihan raya umum) selepas saya mendedahkan dokumen-dokumen rasuah.

“Jika saya sememangnya berhasrat mahu bertanding, saya sudah tentu tidak melakukan perkara itu, tindakan saya tidak pernah disebabkan oleh langkah (kejar) jawatan,” katanya selepas mengangkat sumpah jawatan senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, semalam.

Ia satu langkah membantu kerajaan dalam menangani isu yang ditimbulkan oleh mereka-mereka yang ingin merosakkan negara. Rakyat dapat hidup dalam berbilang kaum dan agama tetapi apabila diapi-apikan ianya akan menjadi panas dan menimbulkan rasa ketidak puas hati dikalangan rakyat dalam negara ini.

UMNO KESAL DIBERIKAN GELARAN BODOH OLEH NIK AZIZ


2010/05/04KUALA LUMPUR: Umno kesal dengan sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik yang memberi gelaran ‘bodoh’ terhadap mereka yang membantah kenyataannya sebelum ini bahawa isu politik boleh dibincangkan dalam masjid. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Noh Omar, berkata pendirian Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menunjukkan tokoh ulama Pas itu tidak menghormati undang-undang negeri lain dan juga Sultan.

“Bagi saya kalau dia (Nik Aziz) kata orang lain bodoh, dia dua kali bodoh sebab jadi Menteri Besar tidak tahu peraturan. Dia tidak tahukah itu kerja Sultan.
“Saya nak tanya pada Nik Aziz andai kata Sultan Kelantan mengeluarkan peraturan seperti itu (larangan berpolitik di masjid) adakah dia akan patuh atau tidak. “Ini menunjukkan dia tidak menghormati undang-undang negeri lain. Inikah yang diajar oleh Islam,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, semalam. Nik Aziz dalam ceramahnya di Kampung Kubang Batang, Wakaf Baru kelmarin menyifatkan individu yang tidak mahu menerima kenyataannya sebagai bodoh menerusi kata-katanya: “Baso bodo payoh nak ajar (jenis bodoh susah hendak diajar), inilah sikap orang yang amal politik suku agama suku.”


Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani meminta Nik Aziz menghormati undang-undang negeri lain terutama berhubung larangan menggunakan masjid atau surau bagi tujuan berpolitik. “Kalau tak suka undang-undang negeri lain, jangan datang ke Selangor. Pergilah negeri yang rasa boleh guna masjid jadi tempat berpolitik. Jangan hina undang-undang negeri lain. Saya sebagai orang Selangor cukup marah dengan kenyataan beliau. Kalau nak berpolitik jangan hina undang-undang negeri orang. “Di Kelantan nak berkhutbah, nak berkempen... gasaklah tidak ada halangan selagi dia Menteri Besar, dia buatlah undang-undang apa yang dia suka tetapi janganlah perangai dan ‘style’ di Kelantan itu dibawa ke Selangor,” katanya.


Kita mesti hormati undang dan peraturan yang dikeluarkan oleh sebuah negeri, yang mana Ketua Agama adalah Sultan itu sendiri. Kita patut hormat dan patuh akan peraturan sebuah negari tersebut. Jika kita sesuka hati menghentam yang dibuat oleh Yang Berkuasa dalam bidang Agama iaitu Sultan kita dianggap mencabar Sultan dan tidak menghormati peraturan yang dikeluarkan oleh Sultan sesebuah negeri itu.

NIK AZIZ PERLU SEGERA PERJELASKAN ISU BAYARAN BLOG



KUALA LUMPUR 3 Mei - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak boleh terus membisu berhubung dakwaan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menerima peruntukan RM4 juta daripada Pas Kelantan bagi menjalankan operasi gerak saraf memburukkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Beberapa ahli akademik dan tokoh agama berpendapat, penjelasan Nik Abdul Aziz penting bagi memastikan kebenaran dakwaan tersebut selain mengelakkan spekulasi yang hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, sepatutnya kerajaan Pas Kelantan bersedia memberikan jawapan.
''Penjelasan itu perlu disegerakan kerana makin lama dibiarkan maka semakin banyak spekulasi negatif akan timbul.
''Yang penting sekarang Nik Abdul Aziz tidak boleh membiarkan segala dakwaan penulis blog ini begitu sahaja seperti tidak ada apa-apa yang berlaku sedangkan rakyat menunggu penjelasan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Nik Abdul Aziz semalam terus berdiam diri mengenai dakwaan beberapa pemimpin Pas memberi peruntukan sebanyak RM4 juta kepada Syed Azidi untuk menjayakan operasi gerak saraf yang bertujuan menjatuhkan pimpinan Kerajaan Pusat.
Syed Azidi semalam turut mendedahkan nama individu-individu yang memberi peruntukan RM4 juta itu yang turut merangkumi Exco Kerajaan Negeri Kelantan.


Sementara itu Pensyarah Jabatan Undang-Undang Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Salleh Buang berkata, kerajaan Kelantan sepatutnya segera menjalankan siasatan berhubung dakwaan penulis blog itu.
''Maklumat daripada siasatan itu amat penting supaya dapat memberikan penjelasan kepada rakyat yang kini menunggu kesahihan pendedahan penulis blog tersebut.
''Jika Nik Abdul Aziz masih berdiam diri bermakna beliau sengaja membiarkan rakyat dalam keadaan tertanya-tanya dan terpaksa membuat andaian sendiri yang tidak pasti kebenarannya,'' jelasnya.

Penjelasan dari Nik Aziz adalah perlu bagi mengesahkan dakwaan penulis blog tersebut. Jika tidak mereka tertanya-tanya benar atau tidak dakwaan tersebut.Ia perlu tampil menjelaskan isu tersebut. Jangan mudah menuduh kerajaan BN berbagai dakwaan kena batang hidung cuma diam membisu.

Monday, May 3, 2010

SYED AZIDI DEDAH PENYUMBANG RM 4 JUTA

KOTA BHARU 2 Mei – Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mendedahkan nama pemberi peruntukan RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau yang berbuat demikian bagi menyahut cabaran Dewan Pemuda Pas Kelantan supaya mendedahkan mereka yang terlibat memberitahu, terdapat lima individu utama yang memberikan peruntukan berkenaan.


Dakwanya, mereka ialah Exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan, pengarang sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan.
Kesemua senarai terbabit, jelasnya, telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika beliau memberikan kenyataan kepada suruhanjaya tersebut kelmarin.
Syed Azidi dalam kenyataannya di sini hari ini mendakwa, peruntukan itu diberikan untuk menggerakkan operasi gerak saraf yang dijalankan melalui sebuah syarikat perunding media, Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang beribu pejabat di Jalan Kota Darul Naim di sini bermula pada Julai 2007.
“Penyumbang terbesar ialah ahli majlis terbabit iaitu RM2.6 juta bermula pada Julai 2007 sehingga November 2008.


Macam cara mahu menjatuhkan kepimpinan negara di zaman kepimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi, selaku Perdana Menteri ketika sanggup melakukan apa cara untuk memburukkan beliau.
Kita ingat ia berlaku cara baik dan bersih tetapi sebaliknya berlaku cara yang buruk walaupun mereka kita mengamalkan cara islam sebenar.

AWASI PELAMPAU POLITIK YANG BAHAYAKAN NEGARA KATA EZAM


2010/05/03KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor, berkata pelantikan beliau sebagai Senator menjadi landasan terbaik bagi beliau untuk menerangkan kepada rakyat tentang anasir jahat yang mengamalkan politik melampau dan membahayakan negara. "Saya merasakan tanggungjawab saya untuk mempertahankan negara dan asas negara ini daripada serangan yang dilakukan oleh kelompok pengkhianat dan pelampau dalam negara.


"Justeru, saya akan ambil tanggungjawab ini sebab saya pernah jadi sebahagian daripada mereka untuk menerangkan kepada rakyat, terutama anak-anak muda bahawa ia sesuatu yang berbahaya kepada negara," katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan Senator bersama-sama tiga yang lain di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, di Dewan Negara hari ini.


Tiga lagi ialah Timbalan Presiden MIC dan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel; Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman; dan Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.


Ezam berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada dirosakkan oleh pelampau politik yang sanggup menjual nama Yang di-Pertuan Agong dan negara demi kepentingan peribadi. Bagi Ezam, pelantikan itu adalah dan tanggungjawab yang diberikan Datuk Seri Najib Razak untuk membantu, khususnya, dalam usaha pembaharuan dan transformasi yang dilakukan sejak dilantik Perdana Menteri. "Apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyakinkan saya bahawa beliau adalah seorang tokoh yang serius dan bersungguh-sungguh dalam usaha reform (pembaharuan) dan transformasi negara dan saya mahu bersama-sama beliau," katanya. Ezam pernah memegang jawatan sebagai setiausaha politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan adalah pengasas dan pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara. - Bernama


Perlantikan Ezam Md Nor sebagai Senator sebagai pletform untuk mempertahan kepimpinan Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri, belai telah banyak melakukan pembaharuan dalam negara dan telah mula dikenali di mata dunia luar. Ia juga telah diterima oleh rakyat Malaysia dan menyambut baik konsep 1 Malaysia.