Monday, May 3, 2010

SYED AZIDI DEDAH PENYUMBANG RM 4 JUTA

KOTA BHARU 2 Mei – Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mendedahkan nama pemberi peruntukan RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau yang berbuat demikian bagi menyahut cabaran Dewan Pemuda Pas Kelantan supaya mendedahkan mereka yang terlibat memberitahu, terdapat lima individu utama yang memberikan peruntukan berkenaan.


Dakwanya, mereka ialah Exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan, pengarang sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan.
Kesemua senarai terbabit, jelasnya, telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika beliau memberikan kenyataan kepada suruhanjaya tersebut kelmarin.
Syed Azidi dalam kenyataannya di sini hari ini mendakwa, peruntukan itu diberikan untuk menggerakkan operasi gerak saraf yang dijalankan melalui sebuah syarikat perunding media, Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang beribu pejabat di Jalan Kota Darul Naim di sini bermula pada Julai 2007.
“Penyumbang terbesar ialah ahli majlis terbabit iaitu RM2.6 juta bermula pada Julai 2007 sehingga November 2008.


Macam cara mahu menjatuhkan kepimpinan negara di zaman kepimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi, selaku Perdana Menteri ketika sanggup melakukan apa cara untuk memburukkan beliau.
Kita ingat ia berlaku cara baik dan bersih tetapi sebaliknya berlaku cara yang buruk walaupun mereka kita mengamalkan cara islam sebenar.

1 comment:

  1. Itulah kerja puak-puak PAS, akan buat apa sahaja asal dapat mempengaruhi rakyat..... duit sebanyak itu sepatutnya diperuntukkan bagi membaiki pembangunan masyarakat dijadikan upahan utuk memusnahkan perpaduan bangsa.........

    ReplyDelete