Thursday, May 20, 2010

JADIKAN IKTIBAR TRAGEDI 13 MEI

KANGAR 19 Mei - Rakyat negeri ini terutama golongan muda perlu memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan kaum dan menjadikan Tragedi 13 Mei 1969 sebagai iktibar dalam menjaga keharmonian negara.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, walaupun ramai yang mahu tarikh itu dilupakan, tetapi hakikatnya ia adalah satu sejarah yang mesti diingati untuk dijadikan pengajaran kepada semua pihak.


"Beta fikir tragedi itu perlu diingati kerana ia telah memberi kesan buruk kepada harta benda dan ekonomi sehingga kerajaan terpaksa bersusah payah untuk memulihkan semula keamanan dan ekonomi negara," titah baginda.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian semasa Jamuan Teh Rakyat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-67 di Dewan 2020 di sini hari ini.


Setiap rakyat Malaysia perlu menjaga perpaduan kaum di dalam negara ini. Jika tidak diambil kisah ia akan menyebabkan perpaduan yang ada akan runtuh dan permintaan berbagai perkara oleh kaum-kaum yang ada di dalam negara ini akan menyebabkan rasa ketidak puasan kaum yang ada di dalam negara ini terutama peribumi.

No comments:

Post a Comment