Tuesday, May 4, 2010

ORANGRAMAI TIDAK PERLU BIMBANG KESAN SAMPINGAN PELALIAN VAKSIN H1 N1

KUALA LUMPUR - Orang ramai terutama yang mempunyai faktor-faktor risiko influenza A (H1N1) tidak perlu risau tentang kemungkinan kesan sampingan selepas mendapatkan pelalian vaksin H1N1. Anggota Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia Dr Christopher Lee berkata, kesan sampingan seperti demam atau sakit di bahagian anggota badan yang disuntik akan berlaku tetapi hanya terhadap segolongan kecil pesakit. "Sesetengah orang mungkin akan demam atau rasa sakit ditempat cucuk, tetapi ia hanya demam ringan dan mungkin untuk sehari sahaja. Jadi orang ramai tidak perlu risau untuk mendapatkan pelalian vaksin itu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sesi penerangan mengenai Vaksinasi Influenza Tahunan Dengan Formula Baru Hemisfera Selatan di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin semalam bahawa pelalian vaksin H1N1 secara percuma di hospital kerajaan tidak mendapat sambutan kerana orang ramai bimbang tentang kesan sampingan pelalian berkenaan. Dr Lee juga menasihatkan golongan yang mempunyai faktor risiko terutamanya asma, diabetes, penyakit buah pinggang, jantung, paru-paru, ibu mengandung dan kegemukan supaya segera mendapatkan pelalian vaksin H1N1 dengan segera di 104 fasiliti Kementerian Kesihatan di seluruh negara.- Bernama

Ia satu langkah bijak dilakukan oleh Kerajaan bagi mengawal penyakit tersebut dari dijangkati kepada orang awam. Oleh itu bersegeralah melakukan pencegahan awal dari terus merebak kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment