Tuesday, January 12, 2010

JANGAN SALAHKAN KERAJAAN BN SEPENUHNYA - KATA DATUK HUSAM MUSA



KOTA BHARU 11 Jan. - Selepas mendakwa kes ganti rugi RM800 juta yang perlu dibayar kerajaan negeri kepada sebuah syarikat berpunca daripada masalah yang diwarisi daripada kerajaan Barisan Nasional (BN), kerajaan negeri hari ini melembutkan pendirian berhubung perkara itu.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini berkata, kerajaan negeri tidak meletakkan sepenuh kesalahan ke atas bahu pemimpin UMNO yang mentadbir negeri pada era sebelum Pas.


''Kita bukan nak salahkan sesiapa, tetapi kita bertanggungjawab cari penyelesaian melalui mahkamah untuk menghadapi kes ini walaupun kita mewarisinya daripada kerajaan sebelumnya.
''Tetapi bukan saya nak kata UMNO punca masalah semata-mata, cuma dari rekod perkembangannya begitu dan surat-menyurat penyelesaian pun berlaku semasa Allahyarham Tan Sri Mohamed Yaacob menjadi Menteri Besar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin negeri itu termasuk Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyalahkan BN kerana terpaksa membayar ganti rugi RM800 juta.


Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan kerajaan negeri membayar RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Timbermine Sdn. Bhd. kerana melanggar perjanjian yang dimeterai kedua-dua belah pihak pada 1964.
Jumlah itu termasuk ganti rugi khas sejumlah RM13.5 juta, pembayaran gaji pekerja RM1.7 juta dan ganti rugi sebanyak RM2,000 seekar untuk 280,000 ekar (112,000 hektar) berjumlah RM560 juta dan faedah lapan peratus daripada tarikh pemfailan.
Pada 1975, kerajaan BN yang ditunjangi Pas telah membatalkan perjanjian dengan Timbermine yang diberikan kuasa untuk mengeluarkan balak di kawasan seluas 204,095 hektar di Hulu Kelantan.


Ekoran itu, Nik Abdul Aziz dalam kuliah Jumaat baru-baru ini menyalahkan kerajaan BN kerana Pas terpaksa mewarisi kesilapan tersebut.


Itu sikap Nik Aziz yang cuma pandai menyalah UMNO, apa yang lakukan sepatutnya ia menyemak dan menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau menjadi Menteri Besar telah lama. Rakyat mahukan perubahan dan tolong baru rakyat miskin dan amat perlukan bantuan.

No comments:

Post a Comment