Tuesday, January 12, 2010

PESAKIT DIABETES MENINGKAT 80 % SEPANJANG SEPULUH TAHUN

KUALA LUMPUR - Jumlah pesakit diabetes atau kencing manis di negara ini mencatatkan peningkatan hampir 80 peratus kepada 1.4 juta penduduk dewasa berumur 30 tahun ke atas dalam tempoh 10 tahun dari 1996-2006. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, apa yang membimbangkan ialah hampir 36 peratus daripada mereka tidak didiagnosis, menyebabkan mereka mengalami komplikasi kemudiannya dan memerlukan rawatan lebih intensif yang menimbulkan bebanan kepada perkhidmatan kesihatan.

Dalam ruangan bulanan beliau dalam buletin berita Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), beliau berkata, gaya hidup merupakan faktor utama mempengaruhi peningkatan jumlah pesakit diabetes di negara ini. Beliau berkata, perubahan gaya hidup seperti mengurangkan berat badan, pemakanan seimbang dan peningkatan aktiviti fizikal dapat membantu mengawal penyakit ini.
- Bernama
Ubah gaya hidup seorang, senaman, pemakanan seimbang amat penting di dalam kehidupan seorang. Ia amat penting kerana ramai pengidap diabetes di dalam negara.

No comments:

Post a Comment