Friday, January 7, 2011

KEPERLUAN MATA PELAJARAN SEJARAH MATA PELAJARAAN WAJIB BELUM DIPUTUSKAN LAGI

RAUB 6 Jan. – Kementerian Pelajaran masih belum membuat keputusan muktamad bagi membolehkan mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, berikutan itu, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menjalankan kajian berhubung perkara itu.

“Perkara ini tidak boleh diadakan secara terburu-buru kerana ia perlu dikaji secara menyeluruh bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat daripadanya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gali, Gong di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Keputusan Menteri Pelajaran untuk mewajibkan pelajaran Sejarah dijadikan pelajaran wajib lulus bagi peringkat Sijil Pelajaraan Malaysia masih dalam kajian. Pada asasnya ia bagi meningkatkan kefahaman bagi setiap anak-anak perlu faham sejarah tanah air dalam negara ini.Oleh itu setiap orang perlu faham sejarah tanah air supaya tidak akan terjadi rasa ketidak puasan hati sebagai rakyat Malaysia.

1 comment:

  1. Sabarlah sikit........banyak perkara yg perlu diperbetulkan, terutama otak guru-guru yang dah banyak masuk air......

    ReplyDelete