Tuesday, February 2, 2010

DATUK SERI ZAHRAIN KATA BELIAU ADA BUKTI DAN BUKAN CAKAP KOSONG



GEORGETOWN - "Saya ada bukti," tegas Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mengenai kritikan kerasnya terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menyebabkan beliau terpaksa menghadap Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu kelmarin.


Bagi mempertahankan kritikannya terhadap Guan Eng, Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, beliau akan menyerahkan bukti-bukti itu kepada Lembaga Disiplin PKR. “Saya mempunyai banyak bukti untuk menguatkan kenyataan saya bahawa Guan Eng adalah seorang diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.


Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, beliau tidak akan berdiam diri, sebaliknya terus mengkritik kepimpinan Guan Eng jika masih terdapat kepincangan atau salah tadbir. “Saya berkhidmat untuk rakyat yang memberi mandat kepada saya pada pilihan raya umum lalu. Mengenai dakwaan menjadi ejen UMNO dan Barisan Nasional (BN), Zahrain berkata, orang ramai boleh bercakap apa sahaja tetapi beliau ada prinsip perjuangan dan maruah diri. “Saya tahu apa yang saya buat dan orang lain boleh kata apa sahaja kepada saya. Ini adalah masalah dalam parti dan tidak kena mengena dengan orang lain. “Kenapa apabila berlaku masalah dalam parti, ada pihak yang akan menuding jari kepada orang lain dengan melabel sebagai ejen BN. “Sepatutnya kita menilai semula keadaan parti dan diri sendiri agar dapat memperbaikinya untuk kebaikan semua pihak dan demi survival PKR pada masa depan. Ia isu parti dan tiada kena mengenai dengan parti lain termasuk UMNO,” katanya.


Betul kata Datuk Seri Zahrain, jangan buat berbagai andaian tanpa usul periksa. Bagi setiap orang kita mesti ada prinsip dan beliau akan bercakap, jika dilihat ia bercanggah pada prinsipnya. Beliau selaku wakil rakyat yang dipilih rakyat boleh menyampaikan hasrat dan keluhan rakyat tersebut dikawasannya. Jangan leberkan beliau adalah agen BN atau sebagainya tanpa usul periksa kerana beliau ada prinsip yang jelas.

2 comments:

  1. Hello Dato' Zaahrain, awak baru tahu ker yang langit tu tinggi ?

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Terima kasih atas komen matrengganu.

    ReplyDelete