Monday, June 14, 2010

BN PERLU GANTI PENDEKATAN LAPOK


2010/06/14KUALA LUMPUR: Kepemimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) harus melakukan transformasi politik supaya sejajar dengan transformasi kerajaan agar apa yang diusahakan itu akan membuahkan hasil lebih berkesan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata parti komponen juga perlu melupakan pendekatan lapuk yang digunakan 30 atau 40 tahun dulu, sebaliknya lebih proaktif, termasuk tidak hanya berjuang untuk kepentingan kaum masing-masing, malah kepentingan semua rakyat negara ini.

“Rakyat hari ini mahu pendekatan baru, mereka tidak mahu pendekatan yang kita gunakan dulu. Mereka mahu parti komponen menyuarakan masalah semua masyarakat dalam negara.
“Masa sudah berubah dan jangkaan rakyat tidak seperti dulu. Mereka mahu lihat keupayaan, bukan hanya dengan cara lama,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan 2010 di sini, semalam.


Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, usaha transformasi kerajaan termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan perancangan teliti dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) mungkin tidak akan mencapai matlamat sekiranya transformasi politik tidak berjalan seiring. Katanya, transformasi politik bukan hanya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang, sebaliknya memangkin usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. “Dalam komponen BN, yang penting adalah mengukuhkan kedudukan parti, fokus kepada menyatupadukan ahli untuk bekerja demi parti dan menyokong kepemimpinan bagi membolehkan BN terus membela rakyat,” katanya. Beliau juga mahu pemimpin BN mendalami inti pati RMKe-10 dan bukan hanya setakat membaca laporan media, memandangkan ia adalah perancangan teliti negara.


Itu adalah seranan Timbalan Perdana Menteri supaya setiap parti kompenan perlu bersatu dalam memperkuat parti bukan hanya menumpukan untuk satu kaum sahaja. Rakyat seharusnya memikirkan apa yang perlu dilakukan dalam membantu rakyat supaya dapat memperkukuhkan parti masing dan melakukan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment