KUALA TERENGGANU – Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan dalam masa terdekat memandangkan tahap keyakinan dan kepuasan hati rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah meningkat kepada 72 peratus, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, 72 peratus adalah satu angka baik kerana beliau sendiri mampu mendapat majoriti dua pertiga (pada 1999), meskipun kedudukannya hanya pada tahap 60 peratus. Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada kerajaan sama ada hendak adakan PRU-13 pada bila-bila masa bermula sekarang, dengan mengambil kira kaji selidik yang dikeluarkan Merdeka Centre.
“Alhamdulillah (kalau) dia (Najib) ada 72 peratus, tapi ranking agensi itu kita nak kena tahu juga siapa mereka. “Yang saya tahu, semasa saya menang (pada 1999) sehingga dua pertiga kerusi dulu pun, masa itu rating saya cuma 60 peratus. Kalau 72 peratus, boleh menang lebih dua pertiga kerusi. Boleh buat sekaranglah,” katanya selepas berucap pada Program Melayu Bangkit di Stadium Negeri, di sini semalam Beliau diminta mengulas populariti Najib yang sudah meningkat kepada 72 peratus pada bulan lalu, berbanding 69 peratus pada April lalu. Menurut Merdeka Centre, 1,028 rakyat Malaysia dibanci melalui telefon dan hampir separuh atau 47 peratus daripada responden terdiri daripada golongan tidak bekerja. Ketika kajian itu dijalankan, beberapa peristiwa dalam negara turut mempengaruhi keputusan.
Antaranya pilihan raya kecil Sibu, kes Aminulrasyid Amzah yang mati kena tembakan polis, pembatalan perhimpunan 13 Mei yang dianjurkan Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) serta pengumuman lesen perjudian bola sepak. Kajian juga menunjukkan 50 peratus responden yakin Najib dapat mencapai sasarannya dalam tempoh dua tahun terhadap inisiatif yang dilakukan beliau, iaitu gagasan 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi (MBE). Menyentuh pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Dr Mahathir berkata, ia sedikit sebanyak menepis tanggapan orang Melayu mengenai kepentingan Melayu diketepikan dalam perancangan MBE.
Ia adalah kajian dari Merdeka Centre. Apakah maklumat yang diperolehi benar tulus atau mencapai tagit yang disasarkan. Jika mencapai sasaran ia adalah langkah terbaik. tetapi kepimpinan negara perlu berfikir sebelum menerima bulat-bulat apa yang dibuat kajian tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment