PETALING JAYA 2 Jun - Kerajaan yakin kewujudan lebih ramai anggota dan pegawai polis beruniform di tempat-tempat awam melalui penempatan semula di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), mampu menggerunkan penjenayah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui pendekatan itu, ia juga diyakini dapat memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa keselamatan mereka adalah terjamin.
Beliau berkata, ia terbukti apabila kadar jenayah jalanan pada masa kini telah berjaya diturunkan sebanyak 39.6 peratus.
Tambahnya, indeks jenayah keseluruhan pula turun 15.1 peratus bagi tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
"Penempatan semula anggota dan pegawai polis yang merupakan salah satu inisiatif NKRA, telah membolehkan rakyat merasa selamat dan yakin.
"Kewujudan lebih ramai polis beruniform di tempat awam dilihat penampilan menggerunkan," katanya selepas membuat lawatan di Balai Polis Seapark dan beberapa kedai di kawasan SS2, di sini hari ini.
"Melalui cara ini dan ditambah dengan adanya balai polis bergerak, kamera litar tertutup (CCTV) penambahan logistik seperti motosikal dan kereta peronda, ia dilihat satu pakej baik bagi mengurangkan kadar jenayah dalam negara ini," katanya.
"Ia diharap dapat membawa kepada penurunan dengan ketara kadar jenayah dalam negara kita," katanya.
Rakyat perlu berganding bahu dalam membantu pihak berkuasa membenteras jenayah. Kita lebih selamat jika dilihat Polis berada hampir dengan kita. Taniah Polis selamat berjaya di dalam tugasan, pendakatan yang dibawa oleh Perdana Menteri seharusnya diterima rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment