2010/06/28KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Malaysia supaya bersama dengan beliau mencapai sesuatu yang luar biasa dalam usaha melakukan transformasi dan membawa negara ke arah yang lebih cemerlang serta mencapai matlamat lebih tinggi.
Perdana Menteri berkata, beliau mahu rakyat jadi sebahagian daripada perjalanan ke arah transformasi itu sebagai keluarga 1Malaysia dan yakin matlamat itu mampu dicapai dengan sokongan padu.
“Saya mengambil tampuk kepemimpinan untuk menunjukkan saya serius, komited dan berdedikasi. Saya memberi jaminan, sebagai Perdana Menteri anda, saya akan melakukan yang terbaik untuk mengubah Malaysia.“Sudah tentu saya tidak boleh bersendirian dalam perjalanan ini. Saya memerlukan rakan dalam kerajaan, semua yang berada dalam sektor swasta dan kerajaan. Saya memerlukan semua rakyat Malaysia, di mana jua mereka berada untuk bersama-sama saya bagi mencapai sesuatu yang luar biasa,” katanya dalam laman blognya www.1malaysia.com.my.
Itu adalah saranan Perdana Menteri bagi memajukan negara menuju kejayaan yang lebih cemerlang. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya menyokong saranan Perdana Menteri tersebut supaya matlamat yang dihasrat oleh PM akan tercapai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment