Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) (gambar) berkata, kenyataan tersebut bagaikan mempersalahkan rakyat berpendapatan rendah sedangkan mereka memerlukan subsidi berkenaan untuk meneruskan kehidupan.
Beliau juga tidak percaya pemberian subsidi akan menyebabkan negara muflis pada 2019 sedangkan kerajaan telah sekian lama merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.
"Kita tidak boleh terima kenyataan yang mengatakan negara akan muflis kalau subsidi diteruskan.
"Apakah kenyataan ini tidak menghiris sanubari saudara-mara kita?" soalnya.
Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini.
Bagi golongan yang berkemampuan masalah kewangan tidak menjadi masalah kepada mereka.
Golongan miskin dan kakitangan kerajaan amat tertekan jika subsidi ini ditarik balik oleh kerajaan yang menyebabkan kehidupan bertambah susah dibuatnya. Oleh itu kerajaan seharusnya memikirkan golongan yang kurang berkemampuan dalam mengatasi masalah tersebut. Kalau rakyat susah dan kenaikan harga barang yang tinggi menyebabkan rakyat hidup melarat dan susah dibuatnya.Sokongan kepada kerajaan BN dan UMNO akan berkurangan kerana terbeban oleh kos kehidupan dan rakyat akan hidup susah, jika subsidi ini ditarik.
Betul cakap auk tu Mat Yen, tetapi koi lagi sedih bila melihat Melayu-Melayu yang miskin, mengharap subsidi, tetapi tetap menghina tangan-tangan yg memberi mereka makan....
ReplyDelete