2010/06/24MATRIKULASI sebenarnya merugikan orang Melayu lantaran ramai yang menempuh tempoh pengajian selama satu hingga dua tahun yang dianggap sia-sia kerana akhirnya tidak berjaya mendapat tempat dalam kursus yang dikehendaki, sedangkan mereka adalah kumpulan pelajar berpotensi dan cemerlang pada peringkat SPM.”
Itu antara pandangan yang dilontarkan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim, ketika diminta mengulas mengenai senario kedudukan pelajar matrikulasi terutama membabitkan pelajar Bumiputera.
“Secara perhitungan kasar, pelajar yang gagal peringkat matrikulasi sudah membazirkan masa selama hampir dua tahun, sedangkan jika mereka mengikuti program diploma, dalam masa lima tahun, mereka sudah boleh menyelesaikan pengajian sehingga ke peringkat ijazah. Malah, ada yang boleh mendapat ijazah dalam masa empat tahun. “Berbeza dengan pelajar matrikulasi, kebanyakan mereka terpaksa melalui tempoh pengajian hampir enam tahun untuk memiliki ijazah, sedangkan mereka pelajar cemerlang,” katanya. Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang, Mohd Aedlan Nur Ahmad.
Adakah perkara ini merugikan pelajar atau ia merugikan masa pelajar tersebut menimba ilmu.
Oleh itu sistem matrikulasi sepatutnya boleh diperbaiki dan diubah sepaya pelajar boleh menjimat masa untuk belajar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kawan setuju pendapat ini, kecualii Matrikulasi hanya 1 tahun pengajian....lebih baik pertingkatkan mutu pelajaran STPM jika pelajar tidak berjaya ke IPT selepas SPM..... seandainya ada pelajar yg tidak lulus diperingkat Matrikulasi, mereka tiada sijil yg diikhtiraf oleh mana-mana agensi pekerjaan, tidak seperti STPM...
ReplyDelete