Friday, November 6, 2009

MANOHARA PERLU BAYAR GANTI RUGI


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, memenangi kes saman fitnah RM105 juta yang dikemukakan terhadap isteri, Manohara Odelia Pinot dan ibu mertuanya, Daisy Fajarina.
Putera ketiga Sultan Kelantan itu berjaya dalam tuntutan tersebut setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonannya untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap Manohara dan Daisy yang gagal melantik peguam baru.
Dengan perintah yang dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Shazali Hidayat Shariff itu bermakna Manohara dan ibunya yang dinamakan sebagai defendan perlu membayar ganti rugi kepada Tengku Muhammad Fakhry selaku plaintif.


Bagaimanapun peguam plaintif, Mohd. Haaziq Pillay ketika ditemui di luar mahkamah menyatakan, jumlah ganti rugi akan ditaksirkan oleh mahkamah kemudian.
Penghakiman ingkar adalah satu keputusan yang mengikat dan berpihak kepada plaintif jika defendan gagal mengambil sebarang tindakan terhadap saman atau tidak hadir di mahkamah.
Perintah penghakiman tersebut dikeluarkan setelah mahkamah memberi tempoh sehingga hari ini untuk Manohara dan ibunya melantik peguam baru selepas firma guaman terdahulu menarik diri daripada mewakili mereka.
Firma guaman Tetuan Fakrul Hisham Abdullah & Associates mengemukakan permohonan menarik diri daripada menjadi peguam cara mereka pada 25 September dan ia dibenarkan oleh mahkamah pada 12 Oktober lalu.
Tindakan tersebut diambil oleh firma guaman tempatan itu setelah Manohara dan ibunya tidak memberikan kerjasama sehingga menyukarkan proses menyediakan pembelaan.
Tengku Muhammad Fakhry, 31, dan Manohara, 17, yang juga model Indonesia, berkahwin pada 26 Ogos tahun lalu dan menetap di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.
Selepas sembilan bulan bernikah, Manohara pulang ke Indonesia secara mendadak tanpa kebenaran dan pengetahuan suaminya pada 31 Mei lalu.
Menurut Mohd. Haaziq, sejak plaintif memfailkan saman pada 20 Julai lalu, kes terhadap Manohara telah disebut sebanyak empat kali, namun defendan tidak pernah hadir.
Tengku Muhammad Fakhry mengemukakan tuntutan sivil itu setelah mendakwa defendan memfitnahnya dalam sidang akhbar pada April dan Jun lalu.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, defendan telah secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan bersifat umpatan dan fitnah mengenai dakwaan penderaan seksual pada sidang akhbar itu.
Dakwa beliau lagi, pernyataan fitnah itu telah diterbitkan semula dalam media elektronik seperti The Jakarta Globe, Banjarmasin Post, Detiknews, Kompas.com, Global TV dan Malaysiakini, serta dilaporkan secara meluas dalam akhbar di Malaysia dan Indonesia.


komen : Oleh itu setiap ungkapan dan kata-kata yang keluar mulut seorang perlu berfikir banyak kali. Jangan lakukan perbuatan ikut suka mulut dan tanpa memikirkan apa yang diperkatakan dan yang keluar dari mulut seorang. Oleh itu berhati-hatilah sebelum diambil tindakan oleh seorang dan dibawa ke Mahkamah. Ini yang berlaku Mahonara yang mengeluarkan kenyataan dan memfitnah Tengku Muhammad Fakhry, ia perlu mematuhi undang dalam negara ini.

TOLAK WANG IHSAN DEMI POLITIK RUGIKAN RAKYAT


KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan diminta berfikir lebih matang dengan tidak membuat keputusan hanya berlandaskan kepentingan politik semata-mata, menolak wang ihsan kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat negeri itu. Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kuala Nerus, Terengganu, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri, berkata ura-ura kerajaan Pas di Kelantan untuk menolak wang ihsan akan merugikan rakyat di negeri itu yang sepatutnya dapat menikmati hak mereka.

Jika Kelantan benar-benar ingin membawa isu ini ke Mahkamah Antarabangsa, saya khuatir pemberian wang ihsan yang sepatutnya diberikan pada tahun depan akan tergendala gara-gara kedegilan pemimpin mereka sendiri," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, semalam.
Kerajaan Kelantan sebelum ini mengemukakan surat rasmi kepada Kerajaan Pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik. Kelmarin, Nik Aziz kesal dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, iaitu Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak kerana operasi cari gali minyak dilakukan di kawasan pada jarak lebih tiga batu nautika.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, pula berkata kerajaan Pas Kelantan menolak pembayaran wang ihsan itu kerana menganggapnya tidak mematuhi perjanjian yang ditandatangani mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Ahli Parlimen BN Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee, berkata Perdana Menteri sudah pasti meneliti pelbagai aspek, termasuk peruntukan undang-undang apabila mengumumkan pemberian wang ihsan kepada Kelantan. "Sekarang terpulang kepada kepemimpinan Kelantan sama ada untuk menerima atau tidak. Setahu saya jika minyak itu berada melebihi tiga batu nautika, itu dikira berada di perairan negara dan ia adalah milik kerajaan pusat," katanya.

komen : Itulah kepimpinan PAS yang menganggap minyak itu milik mereka. Tetapi sebenarnya ia berada diluar perairan Negeri Kelantan. Kerana kepentingan politik mereka sanggup menolak dan kata tuntut reyoliti minyak dari Kerajaan Pusat, nanti rakyat yang rugi. Bagi kerajaan pusat ia diberikan demi membantu rakyat Kelantan yang masih banyak berada di paras kemiskinan.



ANWAR GESA BAJET 2010 DIKAJI SEMULA



PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini dikaji semula kerana tidak dapat menjamin kesejahteraan rakyat. Menurutnya, beliau akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negara (PR) supaya satu idea berkenaan dengan bajet ini dapat dikemukakan kepada kerajaan persekutuan seterusnya dilaksanakan.


“Beberapa perkara yang dibentangkan dalam bajet ini menyusahkan rakyat terutamanya yang berkaitan dengan cukai-cukai yang dikenakan, juga tiadanya peruntukkan untuk menangani jenayah. “Kadar jenayah di negara ini juga agak tinggi dan sepatutnya disediakan peruntukan khas sebagaimana yang diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan untuk membeli peralatan-peralatan yang canggih dan moden,” katanya ketika Diskusi Belanjawan Kerajaan Malaysia 2010, di sini, kelmarin.


Beliau turut menyatakan kebimbangan kerana belanjawan 2010 tidak mengemukakan dasar yang ampuh memaksimakan kepenggunaan sumber negara.
komen : Itulah Anuar Ibrahim cuma mencari isu dan diberbesarkan. Semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri ia memperkayakan korani-keroninya sahaja. Contohnya Rahim Gaus sampai sekarang masih belum balik ke negara ini. Ramai keroninya kaya raya pada masa beliau, Bila tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri mencetuskan berbagai isu di dalam negara. Rakyat telah mula sedar PKR akan hancor pada pilihanraya ke 13 nanti. Rakyat sudah tidak menpercayai parti Keadilan dan Pakatan Rakyat. Belum lagi mentadbir negara berbagai cara membuat orang melayu akan tinggal kebelakang jika Anuar berkuasa. Kes liwat dicari berbagai alasan, kes ini tertangguh dan membosankan. Itulah Anuar Ibrahim cuma pandai berlakon dan mendapatkan peblisiti murah.

JAWATANKUASA MASJID BIADAP ORANG BUKAN ISLAM BERUCAP DI DEWAN UTAMA SOLAT

SHAH ALAM 5 Nov. - Ahli jawatankuasa sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang akan dikenakan tindakan undang-undang kerana membenarkan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama masjid itu bulan lalu.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohamed Khusrin Munawi (gambar) menegaskan, orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.
"Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat.

"Semua perkara ini patut diketahui oleh nazir masjid demi menjaga kesucian masjid serta perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas desakan wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Misnan Ahmad supaya JAIS menyiasat tindakan jawatankuasa masjid tersebut membenarkan Xavier berucap di dewan masjid tersebut pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan pada 31 Ogos lalu.
Misnan turut mengetuai 20 anggota Pemuda UMNO bahagian itu menyerahkan memorandum bantahan berhubung perkara itu kepada Mohamed Khusrin di sini hari ini.

Bagaimanapun Mohamed Khusrin tiada di pejabat dan memorandum itu diterima oleh Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Mohd. Hidayat Abd. Rani.
Misnan berkata, tindakan jawatankuasa masjid itu amat dikesali kerana ADUN tersebut tidak akan berbuat demikian jika tidak dijemput.
"Beliau sebenarnya boleh berucap di pekarangan masjid tanpa perlu menggunakan dewan utama solat," katanya.
Sementara itu Mohd, Hidayat memberitahu, pihaknya akan meminta nazir masjid terlibat memberi laporan bertulis berhubung kejadian berkenaan.
"Kes itu pertama kali berlaku di Selangor dan ia akan disiasat terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan mengikut peraturan yang ada,'' katanya.

Dalam pada itu Xavier yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin Selangor ketika dihubungi menjelaskan beliau hanya memberi ucapan alu-aluan pada majlis tersebut.

komen : Itulah kalau mahu mengagongkan orang bukan Islam sanggup melakukan apa sahaja demi menguatkan PKR di Selangor ia dilakukan oleh jawatankuasa majjd Taman Seri Andalas, Kelang. Dewan utama solat sanggup dicemari najis dan dicemari oleh orang kafir serta boleh melakukan apa sahaja bertujuan untuk berjaya dan mengekalkan kekuasaan mereka di Negeri Selangor. Itulah orang melayu sanggup mencemarkan kesucian masjid kalau sudah jahil dengan agama Islam atau dah tahu tetapi tidak ikut ajaran islam sebenar. Tunggulah balasan Allah kalau agama itu sanggup ditinggalkan demi kepuasan politik mereka. Itu kalau mereka berkuasa hancorlah negara ini.

Thursday, November 5, 2009

PERATURAN WAJIB KERETA BERUSIA DIKAJI SEMULA



KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia meneliti semula peraturan mewajibkan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) jika ia membebankan rakyat. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pertimbangan itu sekiranya syarat berkenaan terbukti membebankan pemilik kereta lama yang kebanyakannya terdiri daripada golongan yang tidak berkemampuan.


Sehubungan itu, beliau mengarahkan Kementerian Pengangkutan menyediakan laporan terperinci berhubung bantahan pelbagai pihak untuk kajian lanjut. "Kita sebagai kerajaan yang bersikap terbuka, mahu mereka (orang ramai) kemukakan kes kenapa mereka rasa susah sangat untuk syarat itu dilaksanakan, beban apa yang timbul. "Kita akan dengar... kalau ada asas tertentu sama ada untuk buat pengecualian, itu kita kena teliti... saya percaya kalau kumpulan ini ada sebab kukuh tidak puas hati, mereka boleh kemukakan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Akuakultur Asia Pasifik 2009 di sini, semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan pelbagai pihak yang meminta kerajaan mempertimbang dan memperhalusi syarat mewajibkan kenderaan penumpang berusia 15 tahun ke atas menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom seperti disyaratkan dalam Dasar Automotif Nasional (NAP). Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata syarat baru itu sebenarnya untuk menjaga keselamatan, bukan berniat untuk menyusahkan rakyat. yang dicapai pada mesyuarat Majlis Biodiversiti-Bioteknologi Negara Keenam (MBBN6) yang dipengerusikannya, semalam.


komen : Jika langkah kerajaan memperkenalkan kenderaaan berusia 15 tahun ke atas perlu dilakukan pemeriksaan ia akan membebankan golongan golongan yang berpendapatan rendah. Ini kerana kenderaan lama cuma digunakan oleh mereka yang tidak mampu membeli kenderaan baru dan miskin dari segi wang ringgit. Sekirannya diperkenalkan ia akan menjejaskan sokongan penggundi kepada Bn pada Pilihanraya akan datang. Oleh itu ia perlu dikaji sedalam-dalam nya sebelum diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaan,.

KELANTAN DAPAT WANG IHSAN



KUALA LUMPUR 4 Nov. – Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk memberikan wang ihsan petroleum kepada Kelantan mulai tahun depan. Perdana Menteri berkata, pemberian itu adalah berasaskan pertimbangan sama yang diberikan kepada Terengganu iaitu mengambil kira pengeluaran petroleum di luar perairan negeri berkenaan.


Ini kerana, kata Datuk Seri Najib Tun Razak, daripada segi perundangan, Kelantan seperti juga Terengganu tiada hak menuntut royalti kerana pada masa ini tiada pengeluaran petroleum dari perairan kedua-dua negeri itu yang ditakrif lebih tiga batu nautika (5.55 kilometer) dari tikas air surut atau pesisir.
Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara itu berkata, wang ihsan itu akan diberi dalam bentuk projek pembangunan dan pembasmian kemiskinan di Kelantan.
“Keputusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan memastikan setiap lapisan masyarakat Kelantan menikmati manfaat pembangunan negara.
“Ia selaras pendekatan inklusif dan semangat 1Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Ini juga mengambil kira keperluan untuk terus membangunkan Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya, selaras arus pembangunan perdana negara,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Najib memberitahu, Petronas memaklumkan pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil di Kelantan, yang terletak di luar perairan negeri tersebut iaitu medan Bumi Selatan dalam Blok PM301.

Sehubungan itu, katanya, pemberian wang ihsan kepada Kelantan akan mengambil kira pengeluaran dan penjualan dari medan petroleum Bumi Selatan berkenaan.

komen : Kerajaan Pusat akan membantu memberikan wang ihsan demi membangunkan kesejahteraan rakyat Kelantan. Sepatutnya mereka seharusnya bersyukur ia dapat ditunaikan oleh kerajaan Pusat walaupun hak pengeluaran petronas di luar persiaran pantai Negeri Kelantan. Ia wang kerajaan pusat dan berhak melakukan demi membantu rakyat miskin di Kelantan.

Tuesday, November 3, 2009

KEMELUT PAS AKIBAT KEPENTINGAN PERIBADI



KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kemelut yang melanda Pas berlaku akibat sesetengah ahlinya sanggup mengutamakan kepentingan politik peribadi daripada kepentingan parti.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, walaupun kebanyakan daripada ahli Pas mengetahui sikap sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun mereka terus menyokongnya.
Menurutnya, sikap ahli berkenaan menjadikan Pas umpama barang mainan PKR oleh kerana terlalu ingin melihat Anwar menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.
‘‘Dalam hal ini, saya melihat idea kerajaan perpaduan bukan merupakan punca utama berlakunya konflik dalaman parti itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendapat Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee hari ini yang mengatakan konflik dalaman Pas berlaku kerana ada yang menolak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri.
Jelas Syed Ali, keadaan itu berlaku kerana wujud dua kumpulan dalam Pas iaitu yang memihak dan menentang Penasihat PKR.
Beliau sebelum itu mengulas kolum sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang melihat permasalahan dalam Pas bukan sahaja melibatkan golongan pro-UMNO tetapi juga anti- Anwar.
Abdul Latiff memberitahu, kumpulan yang cenderung menyokong Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya mempunyai muslihat tertentu di dalam Pas.

komen : Kemelut dalaman PAS adalah kerana mereka mempunyai 2 kumpulan yang masing-masing mempunnyai kepentingan diri sendiri. Masing-masing rasa mereka layak menjadi pemimpin tertinggi di kalangan PAS sendiri. Walaupun mereka tahu DAP ingin berkuasa tidak sama perjuangan DAP dengan PAS. Negeri yang ditadbir gagal ditadbir dengan baik, j anji Pilihanrayayang lalu gagal ditunaikan contoh nya membela rakyat miskin dan sumber kewangan gagal didapati dan masih mengharapkan bantuan kerajaan pusat ( Kerajaan BN juga ).