Thursday, November 5, 2009

KELANTAN DAPAT WANG IHSAN



KUALA LUMPUR 4 Nov. – Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk memberikan wang ihsan petroleum kepada Kelantan mulai tahun depan. Perdana Menteri berkata, pemberian itu adalah berasaskan pertimbangan sama yang diberikan kepada Terengganu iaitu mengambil kira pengeluaran petroleum di luar perairan negeri berkenaan.


Ini kerana, kata Datuk Seri Najib Tun Razak, daripada segi perundangan, Kelantan seperti juga Terengganu tiada hak menuntut royalti kerana pada masa ini tiada pengeluaran petroleum dari perairan kedua-dua negeri itu yang ditakrif lebih tiga batu nautika (5.55 kilometer) dari tikas air surut atau pesisir.
Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara itu berkata, wang ihsan itu akan diberi dalam bentuk projek pembangunan dan pembasmian kemiskinan di Kelantan.
“Keputusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan memastikan setiap lapisan masyarakat Kelantan menikmati manfaat pembangunan negara.
“Ia selaras pendekatan inklusif dan semangat 1Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Ini juga mengambil kira keperluan untuk terus membangunkan Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya, selaras arus pembangunan perdana negara,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Najib memberitahu, Petronas memaklumkan pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil di Kelantan, yang terletak di luar perairan negeri tersebut iaitu medan Bumi Selatan dalam Blok PM301.

Sehubungan itu, katanya, pemberian wang ihsan kepada Kelantan akan mengambil kira pengeluaran dan penjualan dari medan petroleum Bumi Selatan berkenaan.

komen : Kerajaan Pusat akan membantu memberikan wang ihsan demi membangunkan kesejahteraan rakyat Kelantan. Sepatutnya mereka seharusnya bersyukur ia dapat ditunaikan oleh kerajaan Pusat walaupun hak pengeluaran petronas di luar persiaran pantai Negeri Kelantan. Ia wang kerajaan pusat dan berhak melakukan demi membantu rakyat miskin di Kelantan.

1 comment:

  1. Salam bro, yang gembira sangat pemimpim-pemimpin PAS, tapi marah juga tak dapat banyak..... royalti kayu balak untuk rakyat Kelantan deme humban ke mana ?

    Kelantan banyak keluar hasil bumu, tapi yang banyak kembung perut ulama-ulama penipu mereka, sampai ada yang berbini banyak, banyar tuntutan edah pun sampai 2-3 juta.....

    ReplyDelete