Thursday, November 12, 2009

ANWAR MULA TERCABAR DAN PKR



SEREMBAN 11 Nov. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggerakkan strategi menyerang kepimpinan Perdana Menteri, dilihat sebagai percubaan untuk mengalih perhatian daripada pelbagai kemelut peribadi dan parti yang diterajuinya.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Anwar juga sudah mula berasa tercabar dengan gabungan mantap Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila dasar demi dasar yang dilancarkan kerajaan diterima rakyat.
‘‘Kenapa Anwar mahu menyerang Perdana Menteri? Dia sepatutnya tidak lari daripada kenyataan bahawa PKR dan dirinya sedang menghadapi banyak masalah dalaman.
‘‘Dia sendiri pun sedang berhadapan dengan perbicaraan mahkamah dan PKR juga sedang dilanda tsunami kepimpinan. Orang dalam parti itu juga sedang mengkritik kepimpinan Anwar,” tegasnya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin tentang mesyuarat Majlis Tertinggi PKR yang dipengerusikan Anwar kelmarin.


Pada mesyuarat itu, menurut Zulkifli, Penasihat PKR itu menasihati ahli-ahli mengenai strategi baru untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri.
Bagi Mohamad, Anwar sengaja mahu mengalihkan pandangan orang ramai terhadap pelbagai isu yang sedang dihadapinya.
“Begitulah yang berlaku setiap kali dia mahu ke mahkamah, ada sahaja perkara yang dibangkitkan supaya orang ramai ‘terleka’ dengan kisahnya,” ujar beliau.
Justeru beliau tidak bersetuju dan berasa meluat dengan tindak-tanduk Anwar yang mahu menyerang Perdana Menteri.
‘‘Saya rasa dia sudah kelam-kabut sebab Najib dan Muhyiddin bergabung dengan baik. Pemimpin negara ini sudah berjaya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap dasar kerajaan Barisan Nasional (BN).
Oleh itu gandingan yang matap antara Dato Seri Najib dan Tan Seri Mahyuddin Yassin akan banyak membawa perubahan kepada negara. Rakyat telah menilai dan sedar ke dua gandingan yang mantap ini akan dapat membawa Malaysia ke arah zaman kegemilangan.

1 comment:

  1. Salam bro, hanya bagi mereka yang buta tuli, gila jawatan sahaja yang masih mendokong Anwar.....

    ReplyDelete