Friday, November 6, 2009

MANOHARA PERLU BAYAR GANTI RUGI


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, memenangi kes saman fitnah RM105 juta yang dikemukakan terhadap isteri, Manohara Odelia Pinot dan ibu mertuanya, Daisy Fajarina.
Putera ketiga Sultan Kelantan itu berjaya dalam tuntutan tersebut setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonannya untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap Manohara dan Daisy yang gagal melantik peguam baru.
Dengan perintah yang dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Shazali Hidayat Shariff itu bermakna Manohara dan ibunya yang dinamakan sebagai defendan perlu membayar ganti rugi kepada Tengku Muhammad Fakhry selaku plaintif.


Bagaimanapun peguam plaintif, Mohd. Haaziq Pillay ketika ditemui di luar mahkamah menyatakan, jumlah ganti rugi akan ditaksirkan oleh mahkamah kemudian.
Penghakiman ingkar adalah satu keputusan yang mengikat dan berpihak kepada plaintif jika defendan gagal mengambil sebarang tindakan terhadap saman atau tidak hadir di mahkamah.
Perintah penghakiman tersebut dikeluarkan setelah mahkamah memberi tempoh sehingga hari ini untuk Manohara dan ibunya melantik peguam baru selepas firma guaman terdahulu menarik diri daripada mewakili mereka.
Firma guaman Tetuan Fakrul Hisham Abdullah & Associates mengemukakan permohonan menarik diri daripada menjadi peguam cara mereka pada 25 September dan ia dibenarkan oleh mahkamah pada 12 Oktober lalu.
Tindakan tersebut diambil oleh firma guaman tempatan itu setelah Manohara dan ibunya tidak memberikan kerjasama sehingga menyukarkan proses menyediakan pembelaan.
Tengku Muhammad Fakhry, 31, dan Manohara, 17, yang juga model Indonesia, berkahwin pada 26 Ogos tahun lalu dan menetap di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.
Selepas sembilan bulan bernikah, Manohara pulang ke Indonesia secara mendadak tanpa kebenaran dan pengetahuan suaminya pada 31 Mei lalu.
Menurut Mohd. Haaziq, sejak plaintif memfailkan saman pada 20 Julai lalu, kes terhadap Manohara telah disebut sebanyak empat kali, namun defendan tidak pernah hadir.
Tengku Muhammad Fakhry mengemukakan tuntutan sivil itu setelah mendakwa defendan memfitnahnya dalam sidang akhbar pada April dan Jun lalu.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, defendan telah secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan bersifat umpatan dan fitnah mengenai dakwaan penderaan seksual pada sidang akhbar itu.
Dakwa beliau lagi, pernyataan fitnah itu telah diterbitkan semula dalam media elektronik seperti The Jakarta Globe, Banjarmasin Post, Detiknews, Kompas.com, Global TV dan Malaysiakini, serta dilaporkan secara meluas dalam akhbar di Malaysia dan Indonesia.


komen : Oleh itu setiap ungkapan dan kata-kata yang keluar mulut seorang perlu berfikir banyak kali. Jangan lakukan perbuatan ikut suka mulut dan tanpa memikirkan apa yang diperkatakan dan yang keluar dari mulut seorang. Oleh itu berhati-hatilah sebelum diambil tindakan oleh seorang dan dibawa ke Mahkamah. Ini yang berlaku Mahonara yang mengeluarkan kenyataan dan memfitnah Tengku Muhammad Fakhry, ia perlu mematuhi undang dalam negara ini.

1 comment:

  1. Salam, ini perangai gadis-gadis cantik dari Indon, kuat menggoda dan penipu, lepas tu pandai buat cerita drama yang dia kena seksa..... inilah perangai kalau Islam hanya pada kulit....

    ReplyDelete