KOTA KINABALU 8 Nov. - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bangun menjadi juara rakyat atau bersedia menghadapi nasib yang pernah menimpa parti tersohor Jepun, LDP yang tersungkur di tangan rakyat negara itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, LDP yang pernah memerintah Jepun selama lebih 50 tahun dan merintis kemerdekaan negara matahari terbit itu jatuh kerana mereka melupakan rakyat.
"Rakyat muak dengan parti yang tidak bekerja untuk rakyat, yang mengutamakan konkrit (membina bangunan) dan kontrak.
"Oleh itu, kita mesti menjadikan BN parti yang bukan sahaja dilihat sebagai juara rakyat, tetapi bertindak menjuarai (nasib) rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong;.
"Saya baru-baru ini ada berjumpa dengan Perdana Menteri baru Jepun, Yukio Hotoyama dan bertanya dengannya bagaimana partinya mampu menundukkan LDP yang telah lama berkuasa.
"Jawapan dia amat mudah, LDP jatuh sebab parti itu hilang sentuhan dengan rakyatnya," katanya.
Justeru, Najib berkata, kejatuhan parti LDP Jepun harus diambil iktibar dan semua parti komponen BN harus kembali kepada idea asal BN untuk memenangi hati rakyat dengan memberikan perkhidmatan terbaik.
Katanya lagi, parti komponen BN pada masa ini harus meletakkan komitmen yang tinggi untuk memberi khidmat kepada masyarakat tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Beliau menambah semangat sukarela harus disegar dan pertingkatkan semula kerana ia merupakan resipi kejayaan pada masa lalu.
Najib memberitahu, beliau yakin sekiranya semua parti komponen dapat memberikan perubahan yang bermakna kepada rakyat, BN mampu memenangi pilihan raya akan datang.
Malah, katanya, jika rakyat sentiasa diutamakan, adalah tidak mustahil BN akan direkodkan dalam sejarah dunia sebagai parti paling lama memerintah.
Malah, katanya, jika rakyat sentiasa diutamakan, adalah tidak mustahil BN akan direkodkan dalam sejarah dunia sebagai parti paling lama memerintah.
Kepimpinan Dato' Seri Najib mampu memulihkan sokongan rakyat, UMNO telah melakukan perubahan, MCA dan MIC perlu memparbaiki pemulihan parti . Semua pihak perlu bekerja keras dalam mengukuhkan BN sepaya terus kekal memerintah negara ini.
SALAM - Kalau semua ikut kata kan mudah. Ini ada yang ego dengan cara sendiri. Harap komponen BN insaf dengan kegagalan mengekalkan majoriti 2/3 PRU 2008.
ReplyDelete