Thursday, November 19, 2009

PEMULIHAN EKONOMI MALAYSIA BERADA DI lANDASAN BETUL

PUTRAJAYA 18 Nov. - Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih baik pada tahun depan oleh Bank Dunia menunjukkan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara berada pada landasan betul.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar) percaya Bank Dunia mempunyai andaian sendiri untuk meletakkan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar lebih positif berbanding apa yang kerajaan jangkakan.


''Saya percaya ini disebabkan pemulihan ekonomi yang mula nampak di merata rantau di seluruh dunia dan berasaskan itu andaian mereka lebih positif berbanding andaian kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Kewangan 2008 di sini hari ini.
Seramai 180 kakitangan Kementerian Kewangan menerima anugerah tahunan tersebut.


Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih baik pada tahun depan berikutan usaha pemulihan aktif yang dilakukan kerajaan.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diramalkan meningkat kepada 4.1 peratus tahun depan berbanding -2.3 peratus tahun ini.
Bank Dunia juga telah meramalkan bahawa ekonomi Malaysia, yang mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan dari kesan kemelesetan ekonomi, akan kembali kepada potensi kadar pertumbuhan puratanya sebanyak 6.0 peratus menjelang 2012.

Ini menunjukkan pemimpin negara di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib mampu membawa keluar negara dari krisis ekonomi negara yang kepada yang lebih baik.

1 comment:

  1. Matyen, hasrat DS Najib memang mengikut landasan yang betul, tetapi terlalu banyak bagi orang-orang yang diberi tanggungjawab terkeluar dari landasan...

    ReplyDelete