Wednesday, November 11, 2009

BURSA MALAYSIA KEKAL TEGUR

KUALA LUMPUR 10 Nov - Harga saham di Bursa Malaysia mengekalkan aliran meningkatnya pada Selasa dengan indeks petunjuk pasaran naik 0.5 peratus, disokong oleh minat kukuh dalam saham kewangan di tengah-tengah prospek positif bagi pertumbuhan ekonomi negara, kata para peniaga.
Bursa tempatan juga mengambil petunjuk daripada kenaikan di Wall Street semalaman apabila dolar AS merosot dan negara-negara G20 bersetuju mengekalkan usaha pakej rangsangan ekonomi.
Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 6.33 mata untuk ditutup kepada 1,274.08 selepas diniagakan pada paras tertinggi harian 1,277.81. Ia dibuka 5.89 mata lebih tinggi pada 1,273.64 pagi ini.
Indeks FBM Emas naik 33.63 mata kepada 8,505.94, FBM Top 100 meningkat 39.20 mata kepada 8,297.47 manakala FBM 70 menokok 30.63 mata kepada 8,178.89.Bagaimanapun FBM ACE Index, susut 59.56 mata kepada 4,621.80.


Indeks Kewangan melonjak 82.71 mata kepada 10,874.51, Indeks Perusahaan naik 6.84 mata kepada 2,716.59 manakala Indeks Perladangan menokok 13.53 mata kepada 6,211.95.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 358 berbanding 325 manakala 268 kaunter tidak berubah dan 319 yang lain tidak diniagakan. Sejumlah 1.258 bilion saham bernilai RM1.352 bilion bertukar tangan hari ini naik daripada 1.100 bilion saham bernilai 1.179 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.019 bilion saham bernilai RM1.310 bilion daripada 938.908 juta saham bernilai RM1.138 bilion sebelumnya.
Bagaimanapun, jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 102.361 juta saham bernilai RM28.433 juta daripada 113.044 juta saham bernilai RM23.758 juta semalam.
Jumlah dagangan Waran meningkat kepada 20.325 juta unit bernilai RM4.535 juta daripada 16.180 juta unit bernilai RM3.419 juta semalam.


Menerajui kaunter cergas, Talam turun satu sen kepada 11.5 sen, Nam Fatt naik 3.5 sen kepada 33.5 sen, Poh Huat jatuh 6.5 sen kepada 53.5 sen, Multi Sports berkurangan 7.5 sen kepada 61.5 sen manakala KNM Group merosot 1.5 sen kepada 79.5 sen.Panasonic merupakan saham paling untung, naik 40 sen kepada RM12.60, manakala saham paling rugi ialah KFC yang turun 37 sen kepada RM7.33.
Barangan pengguna menyumbang 115.847 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 161.051 juta, pembinaan 104.709 juta, perdagangan dan perkhidmatan 296.931 juta, teknologi 54.342 juta, prasarana 21.334 juta, kewangan 41.650 juta, hotel 2.646 juta, hartanah 176.608 juta, perladangan 42.786 juta, perlombongan 12,000, REITs 904,400, dan dana tertutup 39,000. - Bernama


Ini mengambarkan pasaran saham kukuh dan menampakkan peningkatan ekonomi negara bertambah baik. Pemimpin yang pandai menguruskan kewangan negara amat penting dalam membawa negara ke mercu kejayaan.

No comments:

Post a Comment