Tuesday, November 10, 2009

PERDANA MENTERI : KELUARKAN GARIS PANDUAN UNTUK WAKIL RAKYAT



PUTRAJAYA 9 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan satu garis panduan yang jelas berhubung apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan oleh wakil rakyat dalam penyaluran peruntukan kerajaan untuk rakyat.
Sambil menyambut baik penubuhan pasukan khas suruhanjaya itu dalam memantau kegiatan penyelewengan peruntukan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Perdana Menteri menegaskan, garis panduan itu membolehkan seseorang individu mengetahui keperluan mereka sebagai wakil rakyat.


"Sebab sebagai Ahli Parlimen, mereka dituntut untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan tuntutan rakyat seperti bayaran sekolah, bayaran kesihatan, kenduri-kendara, masalah kesihatan dan pelbagai lagi.
"Tuntutan seperti ini menjadikan mereka terpaksa kadang-kadang melihat bagaimana peruntukan kerajaan boleh digunakan atau tidak boleh digunakan.
"Ini adalah sesuatu yang perlu diperjelaskan SPRM kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia ke-21 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.


Ia sebagai satu langkah yang baik bagi meningkatkan intigeriti setiap wakil rakyat di dalam negara ini. Diharap pihak pembangkang janganlah menyalahkan pihak kerajaan sahaja tetapi mereka juga perlu mengekalkan amanah dalam menguruskan wang negeri yang mereka perintah dangan baik, tulus dan amanah.

No comments:

Post a Comment