Monday, November 9, 2009

200 AHLI PKR SERTAI UMNO



PADANG BESAR 8 Nov. - Bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis, Zainurin Yahaya bersama 200 ahlinya bertindak keluar parti tersebut untuk menyertai UMNO.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian PKR Padang Besar dan ahli-ahli parti itu menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.
Zainurin berkata, selepas ini, dijangka kira-kira 1,000 lagi penyokong PKR di negeri itu akan mengambil tindakan yang sama selepas mendapati perjuangan parti tersebut terpesong daripada dasar utamanya.


"Kami mengambil langkah ini selepas menyedari perjuangan PKR tidak berfungsi seperti yang digambarkan di peringkat awal kononnya untuk membela nasib rakyat," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Md. Isa di Kampung Sungai Siran, Santan, yang turut disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, Sabry Ahmad.
Kata Zainurin, PKR Bahagian Padang Besar dijangka lumpuh kerana sebahagian besar daripada ahlinya akan menyertai UMNO pada bila-bila masa selepas mendapati UMNO lebih mementingkan akar umbi.


Penyokong-penyokong PKR sudah hilang kepercayaan kepada PKR dan kembali ke pangkal jalan. BN di zaman kepimpinan Dato Seri Najib mampu membawa perubahan dan mampu membela nasib rakyat dalam negara ini. Teruslah sokongan kepada Dato Seri Najib dan mampu memulihkan negara ini dari terus mengalami kegawatan ekonomi.



No comments:

Post a Comment