KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan diminta berfikir lebih matang dengan tidak membuat keputusan hanya berlandaskan kepentingan politik semata-mata, menolak wang ihsan kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat negeri itu. Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kuala Nerus, Terengganu, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri, berkata ura-ura kerajaan Pas di Kelantan untuk menolak wang ihsan akan merugikan rakyat di negeri itu yang sepatutnya dapat menikmati hak mereka.
Jika Kelantan benar-benar ingin membawa isu ini ke Mahkamah Antarabangsa, saya khuatir pemberian wang ihsan yang sepatutnya diberikan pada tahun depan akan tergendala gara-gara kedegilan pemimpin mereka sendiri," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, semalam.
Kerajaan Kelantan sebelum ini mengemukakan surat rasmi kepada Kerajaan Pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik. Kelmarin, Nik Aziz kesal dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, iaitu Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak kerana operasi cari gali minyak dilakukan di kawasan pada jarak lebih tiga batu nautika.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, pula berkata kerajaan Pas Kelantan menolak pembayaran wang ihsan itu kerana menganggapnya tidak mematuhi perjanjian yang ditandatangani mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974.
Ahli Parlimen BN Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee, berkata Perdana Menteri sudah pasti meneliti pelbagai aspek, termasuk peruntukan undang-undang apabila mengumumkan pemberian wang ihsan kepada Kelantan. "Sekarang terpulang kepada kepemimpinan Kelantan sama ada untuk menerima atau tidak. Setahu saya jika minyak itu berada melebihi tiga batu nautika, itu dikira berada di perairan negara dan ia adalah milik kerajaan pusat," katanya.
komen : Itulah kepimpinan PAS yang menganggap minyak itu milik mereka. Tetapi sebenarnya ia berada diluar perairan Negeri Kelantan. Kerana kepentingan politik mereka sanggup menolak dan kata tuntut reyoliti minyak dari Kerajaan Pusat, nanti rakyat yang rugi. Bagi kerajaan pusat ia diberikan demi membantu rakyat Kelantan yang masih banyak berada di paras kemiskinan.
No comments:
Post a Comment