Monday, November 9, 2009

MCA PERLU DISELESAIKAN DEMI BN



KOTA KINABALU 8 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, MCA tidak mempunyai pilihan lain melainkan segera menyelesaikan kemelut dalaman parti itu.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kegagalan MCA menyelesaikan segera masalah dalaman mereka, bukan sahaja akan melemahkan parti itu, tetapi turut menjejaskan BN.


Tegas beliau, lebih membimbangkan lagi, calon-calon daripada parti itu juga akan ditolak pada pilihan raya umum akan datang.
"Mereka tidak ada pilihan. Kalau tidak selesai dalam tempoh tertentu, MCA akan ditolak pada pilihan raya akan datang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah ke-20 di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Perdana Menteri mengulas perkembangan kemelut MCA yang menyaksikan kumpulan diketuai Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai mendesak supaya diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kedua parti itu.


MCA perlu mencari jalan perdamian dalam kemelut dalaman dalam MCA. Ia penting dalam menghadapi Pilihanraya ke 13 nanti. Jika isu ini dibiarkan terlaku lama ia akan menjejaskan sokongan bagi masyarakat Cina kepada BN dalam negara ini.

No comments:

Post a Comment