PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini dikaji semula kerana tidak dapat menjamin kesejahteraan rakyat. Menurutnya, beliau akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negara (PR) supaya satu idea berkenaan dengan bajet ini dapat dikemukakan kepada kerajaan persekutuan seterusnya dilaksanakan.
“Beberapa perkara yang dibentangkan dalam bajet ini menyusahkan rakyat terutamanya yang berkaitan dengan cukai-cukai yang dikenakan, juga tiadanya peruntukkan untuk menangani jenayah. “Kadar jenayah di negara ini juga agak tinggi dan sepatutnya disediakan peruntukan khas sebagaimana yang diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan untuk membeli peralatan-peralatan yang canggih dan moden,” katanya ketika Diskusi Belanjawan Kerajaan Malaysia 2010, di sini, kelmarin.
Beliau turut menyatakan kebimbangan kerana belanjawan 2010 tidak mengemukakan dasar yang ampuh memaksimakan kepenggunaan sumber negara.
komen : Itulah Anuar Ibrahim cuma mencari isu dan diberbesarkan. Semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri ia memperkayakan korani-keroninya sahaja. Contohnya Rahim Gaus sampai sekarang masih belum balik ke negara ini. Ramai keroninya kaya raya pada masa beliau, Bila tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri mencetuskan berbagai isu di dalam negara. Rakyat telah mula sedar PKR akan hancor pada pilihanraya ke 13 nanti. Rakyat sudah tidak menpercayai parti Keadilan dan Pakatan Rakyat. Belum lagi mentadbir negara berbagai cara membuat orang melayu akan tinggal kebelakang jika Anuar berkuasa. Kes liwat dicari berbagai alasan, kes ini tertangguh dan membosankan. Itulah Anuar Ibrahim cuma pandai berlakon dan mendapatkan peblisiti murah.
Salam Matyen,
ReplyDeleteAnwar kata tiada peruntukan untuk mengatasi masalah jenayah dinegara ini...hmmmm
sebenarnya siapa yang membiak penjenayah dinegara ini kalau bukan Pakatan Haram itu termasuk Anwar itu sendiri yang jelas adalah "peliwat bersiri"...